Page 30 - Buletin HTHN IKM TSYA 01/2020
P. 30
Edisi 1/2020
BICARA ROHANI
Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih
dikenali sebagai ‘Ayat 1000 Di-
nar’ merupakan amalan yang masyhur da-
lam hal berkai- AYAT SERIBU DINAR:
tan rezeki dan perlindungan diri. Ramai
yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT KELEBIHAN DAN MANFAAT
mengurniakan kemurahan rezeki, kemudahan dan penyelasaian
masalah. Tetapi haruslah mengamalkannya secara beristiqamah.
Dengan nama Allah,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan
mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan
larangan-Nya), nescaya akan diberikannya ke-
lapangan (jalan keluar dari segala perkara yang
menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang
tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa
yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepa-
da Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan
untuk menolong dan menyelamatkannya).
Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala
yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menen-
tukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap
sesuatu.
– (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
Sejarah Dinamakan 1000 Dinar
Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. Pedagang itu kemudian diperintahkan un-
tuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mim-
pi yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan.
Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang
itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat berkenaan.
Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat yang lain dengan menggunakan jalan laut
iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu
hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah diajarkan Nabi Khidir.
Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut.
Apabila telah reda angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah negeri bersama barang dagangannya
yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf
akan kebesaran ayat yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri tersebut.
Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk negeri, disamping terus mengamalkan mem-
baca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka).
Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat 1000 dinar.
Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar
‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.
1. Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.
2. Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan
memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal
bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
3. Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air
sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah si pesakit akan sembuh.
4. Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang
ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesu-
karan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
5. Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudaratdari
sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
Baca ketika hendak tidur tiga kali,
Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
30