Page 16 - Buletin IKM TSYA Edisi 1/2020
P. 16
Edisi 1/2020
Berikutan dengan melandanya pandemik Covid-19 ke seluruh APR– JUN
Malaysia, IKM TSYA dengan rasminya telah
mengikuti arahan Majlis Keselamatan Negara
dan pekeliling MARA untuk menutup
pengoperasiannya sepanjang tempoh PKP
seperti mana yang diarahkan. Penutupan
rasmi IKM TSYA juga atas arahan kesiapsiagaan IKM TSYA untuk dijadikan IKM TYSA MENDEPANI
sebagai pusat kuarantin bagi daerah Pekan sekiranya diperlukan. Selain
para pelajar yang telah diarahkan pulang sehari sebelum PKP COVID-19
dilaksanakan, para kakitangan IKM TSYA juga diarahkan untuk
bekerja dari rumah. Atas inisiatif bersama, semua pelajar-pelajar
yang terkandas di kampus termasuk di IKM TSYA telah diusahakan untuk dihantar pulang ke kediaman masing-masing pada 6
Mei 2020 dengan bas dan pengangkutan yang disediakan dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan.
Sungguhpun kerajaan menetapkan bahawa institusi TVET ditutup sepe-
IK M TSYA: nuhnya berikutan melandanya pandemik Covid-19, namun perjalanan kerja
WORK FROM HOME dan pembelajaran masih berlangsung. Sesi pembelajaran dan kerja yang dil-
aksanakan dari rumah dibuat melalui dalam talian. Warga kerja pentadbiran
dan para pensyarah telah melaksanakan kelas-kelas dan mesyuarat secara
dalam talian. Beberapa platform dipilih seperti Google Classroom, Microsoft
Team, Whatsapp Video Confrence dan pelbagai lagi dipilih bagi memastikan
kelangsungan pembelajaran dan pengajaran ini.
16