Page 21 - Buletin IKM TSYA Edisi 1/2020
P. 21

Edisi 1/2020

       CERAMAH PENGURUSAN                                                   JUL-SEPT

       KEWANGAN DAN
       KEBERKATAN REZEKI




                                                                    Pada 2 Julai 2020 bertempat di Dewan Teknologi Abdul Aziz,
                                                                    IKM  TSYA,  satu  ceramah  pengurusan  kewangan  dan
                                                                    keberkatan rezeki telah diadakan. Ceramah yang disampaikan
                                                                    oleh Tn Hj Asri Bin Hassan,  Ketua Penolong Pengarah , Bah.
                                                                    Sumber  Manusia  MARA  ini  memfokuskan  kepada  aspek
                                                                    pengurusan hutang dan juga pengurusan kewangan dari sudut
                                                                    Islam  dalam  menyeimbangi  kehidupan  seharian  dan
                                                                    keberkatan rezeki yang diperolehi.















   LAWATAN JALINAN KERJASAMA

   IKM TSYA DENGAN SYARIKAT
   TT ELECTRONICS KUANTAN



         Dalam  memastikan  kelestarian  dan  hubungan  baik  antara  IKM  TSYA  dan  industry,  IKM  TSYA  yang  diketuai  oleh  Timbalan
         Pengarah HEA, En Zainal Abidin Bin Alimi, Ketua Program Sijik Teknologi Kejuruteraan Mekatronik dan Pegawai Perhubungan
         Industri  IKM  TSYA  telah  mengadakan  satu  lawatan  ke  Syarikat  TT  Elekctronics  di  Kuantan  pada  13  Julai  2020  jam  11  pagi.
         Rombongan  yang  disambut  oleh  para  wakil  syarikat  ini  mertujuan  untuk  membincangkan  cadangan  Kerjasama  yang  boleh
         dilaksanakan oleh kedua-dua pihak yang semestinya mampu memberi manfaat kepada para pelajar IKM TSYA kelak.


























                                                                               TT Electronics adalah sebuah syarikat               an-
                                                                               tarabangsa yang berada di rantau Asia, UK, Eropah,
                                                                               Amerika Utara dan Africa.  Syarikat ini menawarkan
                                                                               pelbagai  perkhidmatan  keupayaan  elektronik;  dari
                                                                               rekabentuk,        kejuruteraan dan pembuatan kompo-
                                                                               nen dan sistem, hingga antara fasad mesin manusia
                                                                               dan sambungan Internet of Things.

                                                           21
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26