Page 26 - Buletin IKM TSYA Edisi 1/2020
P. 26

Edisi 1/2020
                                                                  BICARA TEKNIKAL

          1. Untuk mengetahui usianya, sila periksa
          bahagian tepi tayar yang terdapat kod nom-
          bor minggu dan tahun. Contohnya kod                                   AUTOMOTIF:
          2210 bermaksud tayar berkenaan
          dihasilkan di kilang pada minggu ke-22 pada                           KENALI TAYAR ANDA
          tahun 2010. Kebanyakan pengeluar mengesyorkan jangka hayat bagi
          sesebuah tayar ialah selama 3 hingga 4 tahun dan jika lebih, bermakna ia sudah luput tarikh dan dinasihatkan tidak
          digunakan pada kenderaan.

          2.Pengguna perlu memahami nombor kod yang terdapat di bahagian sisi tayar. Sebagai contoh : No. Kod - 185/65R13 91H.
          Nombor 185 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam milimeter, iaitu jarak yang diukur dari sisi ke sisi.
          Biasanya, jika lebih besar nilai angka ini, lebih lebar tayar itu.

          Nombor 65 ialah nisbah aspek (aspect ratio) tayar atau ketinggian tayar. Berbanding lebarnya, maksud ketinggian tayar ada-
          lah 70 peratus dari kelebarannya. Kebiasaannya tayar dengan nisbah aspek 55 ke bawah diklasifikasi sebagai tayar yang ber-
          profil rendah. Tayar berprofil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan lebih bagus walaupun aspek keselesaan
          mungkin sedikit terjejas.

          Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial. Perlu diketahui bahawa kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial
          sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub/tubeless dan memberi prestasi pemanduan yang lebih bagus.

          Nombor 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada
          tayar berdiameter lebih besar, anda perlu menukar rim kepada diameter yang sama.

          Nombor 91 melambangkan in-
          deks 'keupayaan mengangkut
          berat' tayar itu. Untuk menge-
          tahui berat maksimum berlam-
          bangkan nombor '91', anda perlu
          merujuk kepada carta "Indeks
          Keupayaan Mengangkut Berat
          Tayar" yang telah ditetapkan di
          peringkat antarabangsa. Sebagai
          contoh, nombor '91' bermakna
          tayar mampu memikul berat
          maksimum 475kg. Berat maksi-
          mum merujuk kepada setiap
          tayar, kita perlu mendarabkan
          empat kali untuk memperolehi
          kapasit memikul berat kenderaan
          dengan empat tayar. (Contoh :
          475 x 4 = 1,900kg).

          Huruf "H" terakhir menyatakan
          kelajuan maksimum sesebuah
          tayar yang direka. Tahap kelajuan
          "H" dalam contoh bermakna ba-
          hawa tayar itu boleh mencapai
          dan mengekalkan kelajuan selaju
          210 km/j.




                                                           26
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31