Page 27 - Buletin IKM TSYA Edisi 1/2020
P. 27
Rumah tradisional negeri Pahang dikenali sebagai Ru-
SENIBINA: mah Serambi Pahang atau Rumah Bumbung Panjang Pa-
RUMAH TRADISIONAL hang. Rumah jenis ini biasanya berbumbung panjang.
PAHANG Keunikan Rumah Serambi Pahang dapat dilihat menerusi
teknik pembinaan kediaman yang berdasarkan tradisi
seni bina Melayu iaitu dibina dengan kayu tanpa
menggunakan sebarang paku pada dinding dan lantai.
Seni bina rumah Pahang juga dibina bercirikan reka bentuk
seni bina Melayu ‘Palladian,’ berbumbung tradisional Me-
layu manakala ukiran pada pintu dan dinding memaparkan
motif Barat seperti yang boleh dilihat di kediaman rasmi
bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak
di Bukit Bius di sini yang dibina pada 1922. Kediaman itu
dilengkapi beberapa bilik yang dibina menggunakan kayu
hutan bermutu tinggi dan tahan lama tanpa boleh dirosak-
kan oleh anai-anai dan haiwan pemusnah lain.
Selain mempunyai tiga ruang utama iaitu serambi hada-
pan, rumah ibu atau induk serta serambi dapur, keunikan rumah itu juga terletak pada bahagian ‘geta’
atau lantai yang ditinggikan untuk tujuan tertentu termasuk sebagai tempat berehat dan tidur.
Kedudukannya yang lebih tinggi daripada lantai dan
strukturnya yang kuat membolehkan penghuni men-
diaminya dengan selamat. Jadi, boleh dikatakan ru-
mah tersebut mempunyai ciri-ciri keselamatan yang
bertujuan mengelakkan serangan musuh dari bahagi-
an bawah.
Rumah Serambi Pahang juga mempunyai
penghadang dikenali bendul bagi rumah tradisional
lain setinggi kira-kira 0.4 meter yang berfungsi se-
bagai pintu masuk dari rumah ibu ke serambi.
Kewujudan tingkap labuh sedia ada di bahagian dind-
ing turut memudahkan kerja-kerja pertukangan ketika
proses penambahan keluasan kediaman dilakukan
kerana jurubina tidak perlu lagi bersusah payah mem-
bina laluan baharu ke ruang tambahan.
27