Page 31 - Buletin IKM TSYA Edisi 1/2020
P. 31

Edisi 1/2020

         Pemakaian tanjak atau tengkolok atau destar dikaitkan dengan ista-  BICARA SENI
         na,  kepahlawanan  dan  dipakai  dalam  pel-
         bagai acara adat istiadat masyarakat Melayu.
         Pemakaian  busana  ini  pada  kebiasaanya                              SENI TANJAK:
         akan dipadankan dengan bengkung, samping
         dan baju Melayu beserta keris selit.                                   TANJAK COGAN
                                                                                DAUN KOPI
         Tanjak dengan gaya lipatan yang diberi nama Tanjak Cogan Daun Kopi
         adalah  tanjak  rasmi  atau  kebesaran  yang  dipakai  oleh  K.D.Y.M.M  Sultan  Pahang.
         Warna  rasminya  adalah  kuning  muda,  namun  begitu  baginda  selalu  memakai  warna-warna  latar  yang  gelap.  Bentuk  tan-
         jak Pahang mudah dikenali daripada bentuknya yang segi tiga dan diikat secara menegak di atas dahi dan membiarkan bahagi-
         an kepala yang lain terdedah. Selain itu reka bentuk bunga atau daun itu terletak di sebelah depan tanjak tersebut.


                                                                    Bentuk tanjak Pahang mudah dikenali daripada ben-
                                                                    tuknya yang segi tiga dan diikat secara menegak di
                                                                    atas dahi dan membiarkan bahagian kepala yang lain
                                                                    terdedah. Selain itu reka bentuk bunga atau daun itu
                                                                    terletak di sebelah depan tanjak tersebut.
                                                                    Tanjak  rasmi  ini  mempunyai  variasi  yang  berbeza
                                                                    mengikut  pangkat  pemakai  dan  kegunaannya.
                                                                    Sungguhpun rupa yang hampir sama, tetapi terdapat
                                                                    perbezaan. Variasi lain adalah Tanjak Raja Naik Ber-
                                                                    siram,  Tanjak  Sekelongsing  Bunga,  Tanjak  Sunda
                                                                    Menggamit dan Tanjak Helang Menyongsong Angin.
                                                                    Penggunaan warna tanjak juga memberikan makna
                                                                    yang  tersendiri  selain  warna  tertentu  dikhususkan
                                                                    untuk K.D.Y.M.M Sultan Pahang sahaja.














































                                                           31
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36