Page 29 - Buletin IKM TSYA Edisi 1/2020
P. 29
Pada 21 dan 28 Februari 2020, satu kejohanan bola jaring tertutup peringkat BOLA JARING:
IKM TSYA yang disertai oleh staf dan pelajar wanita telah diadakan di
Padang Bola Jaring IKM TSYA. Dalam kejohanan tersebut, pasukan KEJOHANAN TERTUTUP
IKM TSYA
pengajar Pengajian Am telah mengungguli dengan menjadi juara.
Manakala pasukan pelajar 3 naib johan dan pasukan kakitangan pentadbiran
IKM TSYA mendapat tempat ketiga. Majlis penutup dan penyampaian hadiah
telah diadakan pada 24 Julai 2020.
Pasukan bola jaring IKM TSYA yang terdiri dari gabungan staf dan pelajar wanita
juga telah menyertai beberapa perlawanan persahabatan yang berlangsung di
dalam dan luar IKM TSYA. Antara perlawanan persahabatan yang telah
berlangsung adalah antara IKM TSYA dengan MSSP pada di Sekolah Men. Keb.
Ahmad Pekan.
PING PONG:
KEJOHANAN TERTUTUP
IKM TSYA
Kejohanan Ping Pong Tertutup Staf dan Pelajar IKM TSYA 2020 yang
berlangsung daripada 4-9 Mac 2020 ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu
perseorangan lelaki, beregu lelaki dan perseorangan wanita. Kejohanan yang
diadakan di dewan makan lama IKM TSYA dilaksanakan pada dua waktu iaitu
5.30 petang hingga 7.30 malam dan dari 9.00 hingga 11.30 malam. Juara bagi
kategori perseorangan telah diungguli oleh Mohd Riffin Bin Abd Rashid.
Manakala juara bagi kategori beregu lelaki disandang oleh pasangan Akiff
Hakimey Bin Mohd Zurita dan Md. Rofli Bin Dollah. Bagi kategori perseorangan
wanita pula, juara adalah Pn. Wan Noor Hayati Bt Wan Ismail.
29