Page 30 - Buletin IKM TSYA Edisi 1/2020
P. 30

Edisi 1/2020
                                                                     BICARA ROHANI
          Ayat  2  dan  3  surah  At-Talaq  atau  lebih
          dikenali   sebagai   ‘Ayat   1000   Di-
          nar’  merupakan   amalan  yang  masyhur  da-

          lam            hal            berkai-                               AYAT SERIBU DINAR:

          tan  rezeki  dan  perlindungan  diri.  Ramai
            yang  mengamalkan  ayat  ini  untuk  tujuan  meminta  agar  Allah  SWT   KELEBIHAN DAN MANFAAT
          mengurniakan  kemurahan   rezeki,  kemudahan  dan  penyelasaian
          masalah. Tetapi haruslah mengamalkannya secara beristiqamah.


                        Dengan nama Allah,
              Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
              Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan
             mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan
            larangan-Nya), nescaya akan diberikannya ke-
            lapangan (jalan keluar dari segala perkara yang
            menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang
            tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa
           yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepa-
            da Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan
              untuk menolong dan menyelamatkannya).
             Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala
            yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menen-
            tukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap
                            sesuatu.
           – (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

         Sejarah Dinamakan 1000 Dinar
         Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir.  Pedagang itu kemudian diperintahkan un-
         tuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar.  Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mim-
         pi   yang  beliau  alami  itu  adalah  benar.  Pedagang  itu  pun   bersedekah wang  sebanyak 1000  dinar,  seperti  yang  diperintahkan.
         Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut  bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang
           itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat  berkenaan.
         Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat  yang lain dengan menggunakan jalan laut
         iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia  dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu
           hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah  diajarkan Nabi Khidir.
         Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua  penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut.
         Apabila  telah  reda   angin,  beliau  mendapati  dirinya  terdampar  di  tepi  pantai  sebuah   negeri  bersama  barang  dagangannya
         yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah  tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf
         akan kebesaran ayat  yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri  tersebut.
         Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk  negeri, disamping terus mengamalkan mem-
         baca ayat  2-3 surah at-Talaq, sehinggalah   beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang  tidak disangka-sangka).
           Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat  1000 dinar.


         Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar

         ‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.

         1.  Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.
         2.  Sesiapa  yang  beramal  ayat  ini Allah  ta’ala  akan mengadakan  baginya  jalan  keluar dari  segala  kesulitan,  Allah  ta’ala  akan
           memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal
           bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
         3.  Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air
           sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah si pesakit akan sembuh.
         4.  Jika  mengalami masalah  berat,  seperti  kesusahan  kerana  kezaliman  orang-orang  tamak,  huru-hara  dan  peperangan  yang
           ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesu-
           karan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
         5.  Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudaratdari
           sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
              Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
              Baca ketika hendak tidur tiga kali,
              Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

                                                           30
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35