Page 102 - pkpw_Neat
P. 102

95




                                          SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU
                                               JAWATANKUASA INDUK KOKURIKULUM

                    1.  Merancang aktiviti kokurikulum sekolah – Rancangan Jangka Panjang / Pendek.
                    2.  Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
                    3.  Menentukan peraturan kokuriklum sekolah.
                    4.  Merancang takwim dan jadual aktiviti tahunan.
                    5.  Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.
                    6.  Memastikan  sekolah  mengambil  bahagian  dalam  kegiatan  kokurikulum  peringkat  daerah  /negeri  /
                        kebangsaan.
                    7.  Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum.
                    8.  Menentukan tarikh Temasya Sukan, Merentas Desa, Hari Kokurikulum dan kegiatan lain.
                    9.  Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
                    10.  Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan elit dilaksanakan di sekolah.
                    11.  Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan.
                    12.  Memberi  pengiktirafan  dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan  prestasi
                        cemerlang dalam bidang masing-masing.

                                                  SETIAUSAHA KOKURIKULUM

                    1.  Membantu GPK Kokurikulum merancang aktiviti kokurikulum sekolah.
                    2.  Memastikan takwim, jadual aktiviti  dan peraturan kokurikulum sekolah berjalan mengikut perancangan.
                    3.  Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat Zon, MSSD / MSSS /
                        MSSM.
                    4.  Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukkan kewangan yang akan digunakan.
                    5.  Merekod setiap pencapaian murid yang akan menerima pengiktirafan dan penghargaan atas prestasi
                        cemerlang dalam bidang masing-masing.
                    6.  Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
                    7.  Menguruskan data penglibatan murid dalam kokurikulum
                    8.  Menghantar laporan data ke PPD sekiranya diminta.
                    9.  Memastikan semua guru kelas ada mengisi data kokurikulum murid di dalam SMM.



                                                   SETIAUSAHA SUKAN 1 & 2

                    1.  Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah.
                    2.  Menyediakan takwim dan jadual aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD / MSSS / MSSM.
                    3.  Menyediakan laporan lengkap tenteng semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran,
                        rujukan dan rekod.
                    4.  Sentiasa berbincang dengan Guru Besar / Penolong Kanan HEM / Penolong Kanan Kokurikulum untuk
                        kepentingan sukan sekolah.
                    5.  Merekod pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku rekod Pencapaian
                        Kecemerlangan Sekolah.
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107