Page 103 - pkpw_Neat
P. 103

96




                                                 KETUA / GURU RUMAH SUKAN
                    1.  Memastikan adanya senarai nama murid ahli rumah sukan.
                    2.  Guru dan pelajar wajib hadir latihan rumah sukan. Kedatangan dicatat dalam buku rekod kehadiran.
                    3.  Membentuk AJK rumah dikalangan pelajar.
                    4.  Memilih dan melatih pasukan olahraga dan pemainan untuk pertandingan antara rumah sukan.
                    5.  Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk menjadi wakil sekolah.
                    6.  Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod.
                    7.  Merekod kedatangan pelajar dan mengambil tindakan pelajar yang tidak hadir.
                    8.  Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan pelajar.
                    9.  Sentiasa berbincang untuk meningkatkan prestasi rumah sukan.
                    10. Merekod dan melaporkan  pencapaian  cemerlang pelajar kepada setiausaha sukan untuk dicalonkan
                        sebagai wakil sekolah.


                 GURU PENASIHAT/GURU PEMIMPIN BADAN BERUNIFORM / PERSATUAN / KELAB / SUKAN / PERMAINAN /
                                                       RUMAH SUKAN
                    1.  Mengadakan mesyuarat dan pemilihan AJK dalam kalangan murid.
                    2.  Memastikan aktiviti yang dijalankan selaras dengan aktiviti sekolah.
                    3.  Memastikan adanya peraturan dan perlembagaan.
                    4.  Merancang aktiviti tahunan dan diserahkan kepada penyelaras untuk simpanan dan rekod.
                    5.  Melengkap dan mengemaskini fail aktiviti.
                    6.  Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
                    7.  Merancang strategi untuk peningkatan persatuan / kelab.
                    8.  Memastikan minit mesyuarat dan laporan setiap aktiviti disediakan dan difailkan.
                    9.  Melaporkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum tentang perkembangan
                    10.  Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti  seperti Hari Kokurikulum, Hari Sukan, Hari
                        Upacara, Hari Guru dan lain-lain.
                    11.  Mengurus aktiviti murid yang menyertai kegiatan persatuan / kelab diluar waktu sekolah.
                    12.  Memastikan keselamatan murid-murid semasa aktiviti dijalankan.
                    13. Menyediakan sijil penyertaan/ penghargaan kepada semua ahli (AJK) pada akhir tahun.




                            PENYELARAS BADAN BERUNIFORM / PERSATUAN /KELAB / SUKAN / PERMAINAN
                    1.  Mengatur dan menyelia perjalanan badan beruniform / persatuan / kelab.
                    2.  Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat,
                    3.  Menyelaraskan semua aktiviti.
                    4.  Menentukan aktiviti, surat mesyuarat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
                    5.  Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan.
                    6.  Memastikan peraturan perlembagaan dan minit mesyuarat direkodkan dan difailkan
                    7.  Mengagihkan kad Kokurikulum kepada guru untuk diedarkan kepada murid.
                    8.  Menyelia fail aktiviti sepanjang tahun.
                    9.  Mengumpul kad Kokurikulum pada akhir tahun untuk direkod.
                    10. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah.
   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108