Page 76 - pkpw_Neat
P. 76

70



                           SENARAI TUGAS JAWATANKUASA UNIT HAL EHWAL MURID


                                     JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
                    1.  Mengenalpasti potensi murid dan memupuknya hingga ke tahap cemerlang.
                    2.  Memberikan khidmat bantuan kepada murid  yang bermasalah.
                    3.  Mengurus hal-hal berkaitan kebajikan murid.
                    4.  Mengelolakan program latihan kepemimpinan dan organisasi murid.
                    5.  Mengendalikan program orientasi murid.
                    6.  Mengatur dan mengelola aktiviti untuk mencapai kecemerlangan murid dan sekolah.
                    7.  Menyediakan Pelan Strategik dan Pelan Taktikal ke arah pelaksanaan yang berkesan.
                    8.  Mengurus perkembangan disiplin dan sahsiah murid yang cemerlang.
                    9.  Mengurus segala mesyuarat, mengemaskini sistem fail dan menyedia laporan dari semasa
                        ke semasa dengan cekap dan sistematik.
                    10. Menyertai sebarang pertandingan luar yang boleh meningkatkan prestasi dan pencapaian
                        sekolah selaras dengan konsep kemenjadian murid dan kecemerlangan sekolah.





                                      JAWATANKUASA BIMBINGAN KAUNSELING & MOTIVASI
                    1.  Menasihati / membimbing murid yang bermasalah.
                    2.  Merekod murid yang bermasalah.

                    3.  Mempamerkan carta unit bimbingan dan kaunseling
                    4.  Membuat laporan murid bermasalah untuk tindakan susulan.
                    5.  Merancang dan melaksana program motivasi dan ceramah khas dari luar dan peringkat
                        sekolah.
                    6.  Merancang, mengurus dan melaksana Program Guru Penyayang.
                    7.  Mengurus dan melaksana Program Pencegahan Dadah dan Jenayah.
                    8.  Menyedia dan mengemaskini fail dan bilik kaunseling yang lengkap dan sesuai.
                    9.  Mengambil tindakan segera dan proaktif bagi mengatasi semua masalah yang dapat dikesan.
                    10. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit
                        mesyuarat berkenaan.
                    11. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa.
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81