Page 88 - OMIICOT2020_SESSION2
P. 88

JOJAPS








                                  eISSN 2504-8457


                                  Journal Online Jaringan Pengajian Seni Bina (JOJAPS)

             Keberkesanan VRE (Virtual Reality Experience) Sebagai Alat Bantu
                               Mengajar bagi Kursus Grafik Persekitaran.

                                                          a
                                                                                          b
                              Nurul Aini binti Mohamed ,  Siti Nur Sa’adah binti Masri
                                    Politeknik Ibrahim Sultan, Johor, Kong Kong 81700, Pasir Gudang, Johor

        Abstract
        Revolusi  era  teknologi  digital  semakin  berkembang  mengikut  peredaran  zaman.  Begitu  juga  dengan  perkembangan  dunia
        pendidikan,  di  mana  teknologi  yang  digunakan  sebagai  alat  bantu  mengajar  semakin  dipelbagaikan  dengan  menggunakan
        teknologi-teknologi terkini. Teknologi realiti maya (VR) juga merupakan teknologi yang dapat membantu melancarkan proses
        pembelajaran dan pengajaran. Objektif kajian ini adalah untuk menguji tahap keberkesanan prototaip Virtual Reality Experience
        (VRE) yang dibangunkan sebagai alat bantu mengajar khusus untuk kursus Grafik Persekitaran. Selain itu, juga kajian ini adalah
        untuk memastikan pelajar dapat meneroka grafik persekitaran secara maya. Kajian ini juga dibangunkan adalah untuk menguji
        tahap kefahaman pelajar dengan menggunakan VRE. Kursus ini merupakan satu kursus wajib yang perlu diambil oleh pelajar-
        pelajar  Diploma  Rekabentuk  Grafik,  Jabatan  Rekabentuk  dan  Komunikasi  Visual,  Politeknik  Ibrahim  Sultan.  Kursus  ini
        memerlukan  pelajar  untuk  mengetahui  mengenai  definisi  grafik  persekitaran,  jenis-jenis  grafik  persekitaran  dan  juga  mereka
        rekaan grafik persekitaran. Bagi mencapai objektif kajian ini, kaedah rapid prototyping dibangunkan. Dapatan kajian daripada
        soal selidik yang dijalankan, menunjukkan, 90% pelajar sangat bersetuju bahawa pembelajaran  menggunakan realiti maya  ini
        adalah  bersesuaian.  Di  harap  dengan  terhasilnya  produk    ini  dapat  memberi  gambaran  kepada  warga  pendidik,  penggubal
        kurikulum dan penyelidik untuk mengembangkan dan menggunakan kaedah ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

        © 2020 Published by JOJAPS Limited.

        Key-word: - Virtual Reality Experience (VRE); Teknologi Realiti Maya (Virtual Reality); Grafik Persekitaran


        1.  Pengenalan

           Bidang  teknologi  maklumat  dan  komunikasi  telah  berkembang  dengan  pesat  pada  masa  kini.  Perkembangan  ini  telah
        meninggalkan pelbagai implikasi kepada kehidupan masyarakat termasuklah dalam bidang pendidikan. ABM atau lebih dikenali
        sebagai  Alat  Bantu  Mengajar  merupakan  satu  bahan  yang  digunakan  oleh  tenaga  pengajar  untuk  membantu  dalam  proses
        pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi mencapai objektif pengajaran. ABM boleh jadi sebarang alat sama ada digunakan atau
        dipegang oleh tenaga pengajar atau pelajar mahupun sekadar dilihat sahaja. Alat bantuan mengajar bermula dengan penggunaan
        papan hitam, beralih ke papan putih, OHP, komputer, LCD, penggunaan animasi 2D dan 3D, Augmented Reality (AR) dan yang
        terkini ialah realiti maya. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah memulakan langkah menggunakan aplikasi realiti maya
        dengan  membangunkan  projek  Virtual  Campus  pada  tahun  1996.  Projek  yang  dibiaya  oleh  National  Intensified  Research  in
        Priority  Areas  Grant  ini  bertujuan  untuk  membangunkan  persekitaran  pembelajaran  maya  menggunakan  teknologi  desktop
        Virtual Reality (VR).

           Justeru  itu,  dengan  membangunkan  VRE  sebagai  alat  bantu  mengajar  bagi  kursus  DVG6042  Environmental  Graphic  di
        Jabatan  Rekabentuk  dan  Komunikasi  Visual,  Politeknik  Ibrahim  Sultan  adalah  sejajar  dengan  misi  Kementerian  Pendidikan
        Malaysia iaitu melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi
        negara.  Kursus  Grafik  Persekitaran  merupakan  kursus  yang  wajib  (discipline  core)  diambil  oleh  pelajar  semester  5  program
        Diploma Rekabentuk Grafik bagi memenuhi keperluan kurikulum seterusnya melayakkan pelajar untuk bergraduasi.
        78 | V O L 1 9
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93