Page 8 - ANNUALREPORT_PPD
P. 8

LAPORAN TAHUNAN 2018                     LAPORAN TAHUNAN 2018





             TINTA PENGARAH                                                                                                        PENGURUSAN TERTINGGI



             Salam sejahtera dan Sayangi Malaysiaku

             Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah S.A.W., kerana dengan keizinanNya  jua, kita dapat bersua                Politeknik Port Dickson
             kembali melalui Laporan Tahunan Politeknik Port Dickson 2018. Laporan ini bertujuan melaporkan
             pelbagai aktiviti yang dilaksanakan melibatkan jabatan dan unit di Politeknik Port Dickson sepanjang
             tahun 2018.

























             Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang
             terlibat bagi menerbitkan Buku Laporan Tahunan Politeknik Port Dickson 2018  ini. Sesungguhnya dalam
             menerbitkan bahan ilmiah  seumpama ini memerlukan komitmen dan iltizam yang tinggi daripada
             semua pihak bagi menjayakannya.
                                                                                                                                 DR NOR HANIZA                                                        HJ. MOHD ASRI
             Politeknik Port Dickson telah  menjadi peneraju TVET di Port Dickson  apabila menjadi IPTA yang terulung            BINTI MOHAMAD                     ROSLEE BIN YAHYA                   BIN SARBUN
             dalam melahirkan graduan serba boleh di bidang teknikal di daerah mahupun negeri ini. Kemunculan
             PPD   dengan   pelbagai   aktiviti   dan program sepanjang tahun 2018 telah melonjakkan nama Jabatan                     Timbalan Pengarah (Akademik)             Pengarah                Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik)
             Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui jalinan kerjasama
             dengan pihak luar dalam mengharumkan nama negara kita.                                                              haniza@polipd.edu.my              roslee@polipd.edu.my              asri_sarbun@polipd.edu.my

             Sebagai sebuah IPTA yang mengorak langkah untuk mentransformasikan institusi, saya berpendapat
             inilah medium yang sesuai bagi memartabatkan hala tuju sistem pendidikan negara kita. Ianya juga
             berperanan untuk berkongsi ilmu dan kepakaran yang ada di institusi pendidikan ini. Diharapkan intipati
             buku  ini  akan  menjadi  khazanah  negara  apabila  ia  menjadi  rujukan  para  ilmuan  dari  negara  kita
             mahupun  luar  negara  apabila  ia  digunakan  bagi  tujuan   penyelidikan  di  peringkat  antarabangsa.
             Harapan saya semua pelajar politeknik akan menjadi rebutan di sektor pasaran luar selepas mereka
             menamatkan pengajian nanti.


             Akhir kata, saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang telah menyumbang sepenuh idea,
             tenaga dan komitmen bagi menghasilkan buku ini.


             Sekian, Terima kasih.

             ROSLEE BIN YAHYA
             Pengarah  Politeknik Port Dickson





                                                         << 8 >>                                                                                                                 << 9 >>
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13