Page 9 - ANNUALREPORT_PPD
P. 9

LAPORAN TAHUNAN 2018  LAPORAN TAHUNAN 2018





 TINTA PENGARAH  PENGURUSAN TERTINGGI



 Salam sejahtera dan Sayangi Malaysiaku

 Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah S.A.W., kerana dengan keizinanNya  jua, kita dapat bersua   Politeknik Port Dickson
 kembali melalui Laporan Tahunan Politeknik Port Dickson 2018. Laporan ini bertujuan melaporkan
 pelbagai aktiviti yang dilaksanakan melibatkan jabatan dan unit di Politeknik Port Dickson sepanjang
 tahun 2018.

























 Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang
 terlibat bagi menerbitkan Buku Laporan Tahunan Politeknik Port Dickson 2018  ini. Sesungguhnya dalam
 menerbitkan bahan ilmiah  seumpama ini memerlukan komitmen dan iltizam yang tinggi daripada
 semua pihak bagi menjayakannya.
          DR NOR HANIZA                                                        HJ. MOHD ASRI
 Politeknik Port Dickson telah  menjadi peneraju TVET di Port Dickson  apabila menjadi IPTA yang terulung   BINTI MOHAMAD  ROSLEE BIN YAHYA  BIN SARBUN
 dalam melahirkan graduan serba boleh di bidang teknikal di daerah mahupun negeri ini. Kemunculan
 PPD   dengan   pelbagai   aktiviti   dan program sepanjang tahun 2018 telah melonjakkan nama Jabatan   Timbalan Pengarah (Akademik)  Pengarah  Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik)
 Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui jalinan kerjasama
 dengan pihak luar dalam mengharumkan nama negara kita.   haniza@polipd.edu.my  roslee@polipd.edu.my  asri_sarbun@polipd.edu.my

 Sebagai sebuah IPTA yang mengorak langkah untuk mentransformasikan institusi, saya berpendapat
 inilah medium yang sesuai bagi memartabatkan hala tuju sistem pendidikan negara kita. Ianya juga
 berperanan untuk berkongsi ilmu dan kepakaran yang ada di institusi pendidikan ini. Diharapkan intipati
 buku  ini  akan  menjadi  khazanah  negara  apabila  ia  menjadi  rujukan  para  ilmuan  dari  negara  kita
 mahupun  luar  negara  apabila  ia  digunakan  bagi  tujuan   penyelidikan  di  peringkat  antarabangsa.
 Harapan saya semua pelajar politeknik akan menjadi rebutan di sektor pasaran luar selepas mereka
 menamatkan pengajian nanti.


 Akhir kata, saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang telah menyumbang sepenuh idea,
 tenaga dan komitmen bagi menghasilkan buku ini.


 Sekian, Terima kasih.

 ROSLEE BIN YAHYA
 Pengarah  Politeknik Port Dickson





 << 8 >>                                                  << 9 >>
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14