Page 24 - deunite_report
P. 24

DE’ UNITE: SHE 101 – HIMPUNAN LAPORAN TEKNIKAL PROJEK PELAJAR













                                         Rajah XVII Juadah makanan etnik dihidang.












                         Rajah XVIII Penutup ucapan akhir oleh Ajk Pusat Aktiviti Warga Emas(PAWE).


            KESIMPULAN

               Malaysia  adalah  sebuah  negara  monarki  konstitusional  federal  yang  terletak  di  Asia  Tenggara
            .Malaysia merupakan sebuah negara unik yang mempunyai pelbagai bilang kaum etnik dan budaya.
            Hubungan etnik ini akan melahirkan masyarakat yang saling bekerjasama, harmoni dan kesefahaman
            dan  sentiasa  menghayati  perjanjian  sosial  yang  telah  dipersetujui  sejak  awal  kemerdekaan
            lagi.Kepelbagaian kaum tidak membataskan mana-mana pihak atau individu untuk berinteraksi antara
            satu sama lain dalam keadaan harmonis walaupun mempunyai kaum, agama dan budaya yang berbeza
            bahkan dapat memupuk nilai-nilai kesepakatan, kesefahaman, dan sikap   kerjasama  antara  kaum  di
            Malaysia.Dari aspek kefahaman hubungan etnik ini, ia berjaya membantu anak muda pada masa kini
            bagi mengenali sejarah serta latar belakang  pelbagai kaum etnik malah bukan tidak juga kepada warga
            emas yang terdapat di Malaysia. Selain itu, sedar akan pentingnya elemen perpaduan dan integrasi
            dalam  mewujudkan  keharmonian  serta  mewujudkan  kefahaman  semua  etnik  yang  terdapat  di
            Malaysia.  Di  samping  itu,  dapat  memberi  peluang  untuk  memahami  serta  mempelajari  budaya,
            kehortmatan dan kasih sayang bagi sesuatu etnik.Pelbagai usaha perlu diambil secara berterusan bagi
            memastikan  hubungan  etnik  di  Malaysia  sentiasa  berada  dalam  keadaan  baik  dan  harmoni  antara
            melibatkan kerajaan, masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan. Kegagalan mengekalkan perpaduan
            memudahkan dominasi negara-negara lain untuk menakluki negara kita. Secara kesimpulannya, setiap
            warganegara Malaysia perlulah terlibat dalam usaha untuk memantapkan perpaduan dalam kalangan
            masyarakat Malaysia.








            19 | D e ’ U n i t e
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29