Page 19 - deunite_report
P. 19
DEβ UNITE: SHE 101 β HIMPUNAN LAPORAN TEKNIKAL PROJEK PELAJAR
IV. Menggalakkan aktiviti mengeratkan silaturrahim di pusat warga emas
V. Mempromosikan warga emas sebagai aset negara dan memupuk nilai menghormati warga
emas menerusi kempen menghormati warga emas.
3.1 PERANCANGAN PROGRAM
Sebelum program dimulakan, perancangan dan strategi program telah dijalankan oleh
jawatankuasa. Beberapa mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan tentang program,
bilangan peserta warga emas, cenderahati dan banyak lagi. Kertas kerja telah dilakukan
dan dihantar kepada Dr Isham Shah untuk mendapatkan sumbangan wang dan kelulusan
program. Proses penyediaan barang, peralatan aktiviti dan cenderahati pula telah
dilaksanakan pada 8 November 2019.
Program ini dijalankan dengan tujuan, utama bagi mengeratkan hubungan silaturrahim di antara
masyarakat warga emas Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum khususnya melayu, cina dan india.
Selain itu, program ini juga bertujuan memperkenalkan makanan etnik iaitu kaum lain yang terdapat
di Malaysia kepada masyarakat. Disamping itu, terdapat aktiviti-aktiviti sukan untuk dijalankan
sempena program ini. Aktivit tersebut dijalankan untuk mengayakan hidup sihat dalam kalangan
masyarakat. Aktiviti tersebut dijalankan untuk mengayakan hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
Aktiviti ini dapat menimbulkan sifat kerjasama. Justeru, program ini dapat mengeratkan hubungan anak
muda dan warga emas lalu dapat menimbulkan sifat kasih sayang. Mereka dapat melepaskan rindu
mereka yang terbuku dihati.
Membuat perbincangan tentang Program Mengeratkan Hubungan Silaturrahim Warga Emas dengan
melakukan proposal program untuk mendapat pengesahan aktiviti ini agar berjaya melaksanakan
antara ahli kumpulan. Menghubungi dan menghadiri perbincangan antara ahli Pusat Aktivit Warga
Emas di Port Dickson tentang pelaksanaan aktiviti mengeratkan silaturrahim. Mengambil kira peserta
warga emas yang boleh menyertai aktiviti ini, malah membuat persetujuan tentang aktiviti lasak yang
akan dijalankan seperti kerusi berirama, Bola beracun, Baling selipar ,Boling padang dan sebagainya.
Setelah itu, menyediakan pendapatan seperti peralatan, bahan aktiviti, makanan dan menyediakan
tempat. Kemudian, menjayakan aktiviti tersebut pada hari yang berikut.
3.2 PROSES PROGRAM
Perbincangan berhubung kait program yang akan dijalankan telah diadakan sebelum kajian dijalankan
dan menekankan terhadap perincian-perincian kajian yang akan dijalankan seperti masa, lokasi, bajet
dan tatacara kajian ini bakal dijalankan. Penyediaan barangan keperluan semasa kajian. Perbincangan
pertama adalah dengan membuat kaji selidik di Pusat aktiviti Warga Emas (PAWE) di Port Dickson
tersebut dengan melawat tempat tersebut. Kemudian, perbincangan kedua ialah dengan
membincangkan aktiviti program bersama pengerusi, setiausaha dan ajk yang terlibat tentang aktiviti
program mengeratkan silaturahim warga emas yang akan dijalankan lalu membuat persetujuan.
Seterusnya, setelah perbincangan program tersebut disahkan lalu perbincangan dengan menyediakan
tentatif program dan persetujuan bersama ajk PAWE dengan melaksanakan aktiviti.
14 | D e β U n i t e