Page 16 - deunite_report
P. 16
DE’ UNITE: SHE 101 – HIMPUNAN LAPORAN TEKNIKAL PROJEK PELAJAR
Nasi Lemak adalah sesuatu makanan yang dilipatkan dengan daun pisang dalam bentuk segitiga dan
merupakan makanan Melayu kegemaran bagi orang Malaysia, Indonesia dan Singapura, terutama
sebagai sarapan pada waktu pagi dan minum petang. Nasi Lemak dapat ditemui di semua bahagian
Malaysia dan juga Singapura.Di Indonesia, Nasi Lemak lazim ditemukan di pesisir timur Sumatera,
terutama di Riau, Jambi dan Sumatera Utara. Nasi Lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan
menggunakan santan kelapa untuk menambah rasa lemaknya yang lazat. Kadangkala daun pandan
dimasukkan semasa Nasi Lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.Selain daripada itu, Nasi Lemak
biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng ,kacang goreng dan sambal.
II. Kuih Bulan
Rajah VI. Makanan tradisional cina Kuih bulan.
Sejarah perayaan Kuih Bulan bukan sahaja dengan makan kuih bulan dan perarakan tanglung tetapi
semangat perpaduan dan perjuangan yang tinggi dalam dua peristiwa yang berlaku. Sejarah perjuangan
pertama mengenai sambutan perayaan Kuih Bulan yang ingin saya kongsikan adalah tentang Dinasti
Yuan. Peristiwa pertama tentang sejarah perjuangan rakyat China semasa Dinasti Yuan dan satu lagi
mitos tentang Permaisuri Chang Er yang berada di bulan menjadi dewi yang berpegang kepada soal
prinsip hidup dan kesetiaannya. Perayaan Kuih Bulan sangat berkait rapat dengan satu peristiwa sejarah
dalam memperingati perjuangan rakyat China yang bangkit menuntut kebebasan di bawah
pemerintahan Mongol yang menindas dan kejam. Kekejaman dalam pemerintahan Mongol memaksa
pihak Ming bersepakat untuk memberontak memperjuangkan dinasti mereka. Pemimpin Xhu Yuan
Zhang dan pengikutnya, Liu Bo Wen telah menyelitkan sepucuk nota ke dalam kuih bulan kepada rakyat.
Pemberontakan berjaya maka kuih bulan menjadi makanan kebanggaan dan simbol perjuangan
keadilan dan juga dikenali sebagai perayaan Pertengahan Musim Luruh.
Kuih bulan, itulah simbol perayaan Kuih Bulan yang disambut kaum Cina setiap tahun. Cahaya yang
terang dan bulan mengambang penuh dengan diterangi tanglung-tanglung adalah satu lagi perayaan
terpenting kaum Cina.Hari tersebut juga dikenali sebagai Pesta Perpaduan kerana bulan penuh akan
muncul di langit. Bulan penuh melambangkan keluarga yang lengkap dan bersatu. Mengikut kalendar
Cina, pesta Kuih Bulan ialah pada hari ke-15 pada bulan Ogos hingga akhir September. Asal usul
perayaan Kuih Bulan mula diperkenalkan semasa Pesta Menuai di Dinasti Zhou dan ambutan ini
diteruskan di istana semasa pemerintahan Dinasti Tang.Maharaja pada masa itu akan berdoa terhadap
bulan agar keluarga bersatu padu dan kedamaian negara dijamin. Amalan ini diteruskan semasa Dinasti
Song, yang disambut oleh raja dan rakyat seluruh negara dan diwariskan hingga kini.
11 | D e ’ U n i t e