Page 18 - deunite_report
P. 18

DE’ UNITE: SHE 101 – HIMPUNAN LAPORAN TEKNIKAL PROJEK PELAJAR


            2.1  PERMASALAHAN PROGRAM

                 I.  Masyarakat kurang mengetahui tentang pusat warga emas.

                 II.  Masalah kurang berkomunikasi dan mengambil tahu warga emas

                 III.  Pengabaian warga emas tentang perasaan mereka

            2.2 OBJEKTIF PROGRAM

            Berikut adalah merupakan beberapa objektif yang digariskan dan menjadi asas kepada kajian ini bagi
            memudahkan perjalanan dan perlaksanaan agenda bagi menyempurnakan kajian ini:

                 I.  Menerapkan rasa kasih sayang dan keprihatinan kepada warga emas serta mengeratkan
                     silaturrahim antara masyarakat tanpa mengira perbezaan umur

                 II.  Mempelajari, mengetahui dan menghargai apa itu kasih sayang ibu bapa.

                 III.  Mengeratkan hubungan silaturahim antara warga emas khususnya dari pelbagai kaum iaitu
                     kamu melayu, cina dan india. Selain itu, juga dapat merasa bermain permainan kampung.

                 IV.  Dapat mengaplikasikan cara bersosial dengan masyarakat warga emas

                 V.  Dapat mengenali dengan lebih mendalam sifat-sifat warga tua agar dapat mendidik diri
                     menjadi insan yang sayang akan warga emas.

               Program ini dijalankan dengan tujuan  utama bagi mengeratkan hubungan silaturrahim di antara
            masyarakat  Malaysia  yang  mempunyai  pelbagai  kaum  khususya  melayu,  cina  dan  india.  Selain  itu,
            program ini juga bertujuan memperkenalkan makanan etnik (bangsa) lain yang terdapat di Malaysia
            kepada masyarakat. Di samping itu, terdapat aktiviti-aktiviti sukan untuk dijalankan sempena program
            ini. Aktiviti tersebut dijalankan untuk mengayakan hidup sihat dalam kalangan masyarakat. Aktiviti ini
            dapat menimbulkan sifat kerjasama. Justeru, program ini dapat mengeratkan hubungan anak muda dan
            warga emas lalu dapat menimbulkan sifat kasih sayang. Mereka dapat melepaskan rindu mereka yang
            terbuku dihati.

            2.3 MATLAMAT

            Matlamat utama pelaksanaan program dan aktiviti ialah:

                 I.  Mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan
                     mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta  membangunkan persekitaran yang
                     memboleh dan membantu supaya warga emas hidup sejahtera dan produktif .
                 II.  Membudayakan nilai, sikap dan amalan saling menghormati, menghargai serta menyayangi
                     sesama insan.
                 III.  Memanfaatkan pengetahuan, kepakaran dan pengalaman warga emas bagi meningkatkan
                     kerohanian, sahsiah dan jati.


            13 | D e ’ U n i t e
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23