Page 17 - deunite_report
P. 17

DE’ UNITE: SHE 101 – HIMPUNAN LAPORAN TEKNIKAL PROJEK PELAJAR

               Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah atau adunan biji teratai
            atau kuning telur masin. Kini, Kuih Bulan telah dimodenkan dengan pelbagai warna dan adunan dengan
            pelbagai perisa seperti pandan, durian,keladi dan macam-macam lagi. Kuih bulan juga ada yang dibuat
            dalam bentuk ais krim dan agar-agar dengan pelbagai warna dan bentuk tetapi masih mengekalkan
            konsep bulat seperti bulan.Harga kuih bulan sudah semakin mahal dan dikatakan kalau ada lebih intinya
            seperti kuning telur masin, harganya mampu mencecah puluhan ringgit.Selain itu, Kuih Bulan sebagai
            buah  tangan  kepada  kaum  keluarga  dan  sahabat  handai  juga  amat  digalakkan  untuk  mengeratkan
            hubungan kekeluargaan.
            III.    Muruku























                                         Rajah VII. Makanan tradisional India Muruku.

               Dari bahasa Tamil iaitu Muruku manakala dari bahasa Malayalam pula iaitu murukku ialah sejenis
            makanan dari Subbenua India yang terkenal di kawasan India Selatan serta Sri Lanka. Perkataan muruku
            berasal  dari  perkatan  bahasa  Tamil  yang  bererti  berpusar",  merujuk  kepada  makanan  tersebut.
            Makanan ini masyhur dalam kalangan penduduk Tamil Nadu, Kerala dan Andhra Pradesh dan dikira
            sebagai salah satu makanan unggul dalam masyarakat Tamil. Selain itu, makanan ini juga terkenal di
            kawasan  dengan  jumlah  penduduk  Tamil  yang  banyak  seperti  Malaysia,  Singapura  dan  Fiji.

               Muruku Manapparai merupakan sejenis muruku terkenal yang berasal dari Manapparai, Tamil Nadu.
            Kerajaan  Tamil  Nadu  bercadang  untuk  memberikan  status  penunjuk  geografi  terhadap  muruku
            Manapparai pada tahun 2010.Murukku juga mempunyai nama-nama lain. Nama lain murukku ialah
            chakli dan chakri. Murukku adalah makanan tradisional kaum India Malaysia yang resepinya berasal
            daei  India  Selatan  terutamanya  dari  Tamil  Nadu.  Muruku  telah  mengambil  tempat  di  hati  semua
            masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Murukku adalah makanan rindan yang sedap, rangup dan
            senang dibuat  dan murah kosnya Murukku diperbuat dari Tepung Kacang Tosai  atau Uraddhal dan
            Tepung beras dan perasanya bergantung kepada penggemar seperti yang asli dan yang halus atau pun
            yang pedas mengunakan serbuk cil, asafoetida,  ajawain dan cumini Murukku dibuat menggunakan
            acuan khas     seperti cara menekan tepung yang telah uli atau pun cata pemutaran.







            12 | D e ’ U n i t e
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22