Page 12 - masjidtanahdatar_draftlatest
P. 12
SEJARAH AWAL
Pada peringkat awal,Negeri Sembilan merupakan
gabungan daripada 9 buah luak atau negeri dan kini
telah dianggotai oleh 7 buah daerah iaitu Rembau,
Tampin, Kuala Pilah, Jelebu, Seremban (dahulunya
sungai ujong), Port Dickson dan Jempol.
Negeri Sembilan lebih dikenali sebagai negeri adat
kerana Adat Perpatih yang dibawa oleh imigran
Minangkabau. Mereka merupakan kelompok kelompok
awal yang menerokai tanah di negeri tersebut dan Adat
Perpatih telah menjadi pegangan yang kukuh di Gambarajah 3 Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku
kalangan masyarakatnya Muhammad bersama dengan para pembesar baginda
tahun 1897
Negeri Sembilan bergabung sebagai satu unit politik
pada tahun 1773 apabila Raja Melewar, seorang
putera dari Minangkabau di Pagar Ruyong dijemput
menjadi pemerintah dengan gelaran Yam Tuan dan
mengasaskan dinasti yang wujud sehingga kini.
Penduduk Asal
Negeri Sembilan pada asalnya didiami oleh orang
Gambarajah 4 pemandangan di sekitar bekas bangunan pejabat orang asli daripada suku kaum Sakai, Semang dan
setiausaha kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 1884. Jakun. Mereka hidup berpindah randah, memburu,
mengutip hasil hutan dan ada yang mula bertani
12