Page 7 - masjidtanahdatar_draftlatest
P. 7
PENGHARGAAN
Kami ingin merakamkan sepenuh kesyukuran kepada Allah SWT atas limpahan kurniaan nikmat-Nya kepada kami
kerana dapat menyelesaikan buku meja kopi lukisan terukur ini dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan juga
kami ucapkan kepada semua yang terlibat dan bertanggungjawab dalam menyempurnakan buku meja kopi terukur
ini.
.
Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan serta kami ucapkan terima kasih yang tidak terhingga
kepada pensyarah yang terlibat iaitu Dr Isham Shah Hassan kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan juga
memberi dorongan terutamanya dalam menyiapkan buku meja kopi ini. Segala tunjuk ajar dan ilmu yang telah
dipelajari amatlah kami hargai.
Akhir kata, terima kasih juga kami ucapkan kepada pihak masjid dan Pejabat Agama Daerah Rembau kerana telah
memberikan kerjasama yang sangat baik dalam proses pengumpulan maklumat untuk menyempurnakan lagi kajian
ini. Sepanjang proses kajian, pelbagai ilmu baru telah dipelajari lebih-lebih lagi dalam mengenali pelbagai jenis seni
bina masjid lama. Segala ilmu ini amatlah berharga dan tidak akan kami sia-siakan. Seni bina masjid lama
mempunyai keunikan yang tersendiri dan mungkin tidak akan ada lagi kaedah pembinaan yang sama ada zaman
moden ini. Oleh itu, keunikan ini haruslah dipelihara dan dijaga agar tidak hilang ditelan zaman. Dengan adanya
Kajian Alam Warisan Negeri Sembilan (KAWANS) ini, sedikit sebanyak khazanah ini dapat dipelihara agar kekal
sepanjang zaman.
7