Page 36 - masjidbongek
P. 36

Motif Kaligrafi


            Sinonim dengan ukiran kayu Melayu kerana keindahan dan daya estetikanya yang menepati
            jiwa dan citarasa Islam. Ukiran ini banyak digunakan pada ambang pintu kerana dipercayai
            dapat menghindari  anasir  jahat memasuki  masjid  tersebut selain  dipercayai  mendapat
            keberkatan dan mengelak dari berlaku sesuatu musibah.

            Penggunaan motif kaligrafi pada masjid ini kerana berfungsi untuk mengakui keagungan
            Allah S.W.T dan nabi Muhammad S.A.W. Ukiran ini terletak pada bahagian mimbar masjid.

            Ayat Al-Qur’an dan  hadis  nabi  sering  digunakan  serta dijadikan  ilham  dalam  motig  khat
            sekaligus menggesa si pengukir untuk menulis dan  penonton untuk membaca. Melalui
            tulisan berbentuk ukiran ini, ilmu-ilmu dapat dipelajari dan hikmah Ilahi dapat didekati.






                                                                                                                                         17
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41