Page 38 - masjidbongek
P. 38

08 KESIMPULAN & RUJUKAN



             Sepanjang seni bina bangunan warisan kajian ini, pelbagai info menarik dan manfaat
             yang telah diperolehi.  Penulis sebagai generasi global amat berbangga  dengan
             kegigihan dan ketekunan masyarakat terdahulu menghasilkan karya seni bina yang
             unggul. Mereka membina menggunakan kepakaran yang diperolehi secara praktikal
             dan berkat usaha dan ketekunan serta kerjasana antara mereka, lahir warian yang
             boleh ditunjukkan kepada generasi akan datang.


             Oleh yang demikian, pemuliharaan bangunan warisan adalah amat penting sebagai
             salah satu cara kita generasi baru menghargai  titik  peluh orang terdahulu. Akhir
             bicara, penulis  menyarankan  supaya seni bina warisan ini dijaga  dan dipelihara
             agar generasi akan datang tidak lupa akan asal usul mereka. Tambahan lagi, ilmu
             pengetahuan tradisional merupakan ilmu yang unik dan kreatif kerana menggunakan
             hasil  dan bahan  binaan  setempat tanpa bantuan  mesin jentera  seperti zaman
             sekarang.


             Pengaruh kebudayaan seni bina dihasilkan oleh cara hidup masyarakat setempat.
             Seni bina dan kebudayaan kedua-duanya salin berkait dan berhubung. Cara hidup
             orang-orang Melayu sentiasa berubah, saling memperbaiki, saling bertindak balas
             dengan alam binanya yang sesuai dengan cara hidup yang berubah-ubah itu. Adalah
             tidak  dapat  dinafikan  bahawa  seni  bina  tradisional  rumah-rumah  Melayu  dikenali
             sebagai seni bina tidak rasmi, dimana pada masa dahulu pembinaanya adalah tanpa
             arkitek tidak seperti sekarang.









                                                                                                                                         18
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42