Page 27 - Modul Versatil BM Tahun 5 Buku A
P. 27
Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)
LATIHAN 2
Tandakan (✓) pada kata ganda yang betul berdasarkan ayat di bawah.
1 Sampan usang itu ______ dibadai ombak.
tergoyang-goyang teroleng-oleng terumbang-ambing
2 Termometer itu tidak boleh digunakan lagi kerana ______ nya telah pecah.
bebola bebuli rerambut
3 Puan Ivy menyusun atur pasu antik dari China di ______ ruang tamu rumahnya.
pepenjuru kekisi sesendal
4 Usulannya ditolak ______ oleh ahli lembaga pengarah.
terang-terang mentah-mentah hidup-hidup
5 Pelakon terkenal itu tidak sempat untuk ______ dengan peminatnya kerana dia telah terlewat
untuk ke lapangan terbang.
berbasa-basi bersenda-senda beramah-tamah
6 Abang ______ di depan bilik bedah, khuatir akan kondisi isterinya.
ulang-alik bolak-balik mundar-mandir
7 ______ kedengaran azan Subuh dilaungkan oleh tok bilal.
Ilam-ilam Sayup-sayup Balam-balam
8 Muhaimin tidak perasan telefon bimbitnya berdering disebabkan nada deringnya ditenggelami
oleh ______ para penonton di stadium.
jerit-pekik hingar-bingar sorak-sorai
9 Strategi pertahanan mereka ______ setelah pihak musuh dapat membacanya dengan mudah.
kacau-bilau haru-biru kucar-kacir
10 Dia ______, tidak dapat memejamkan mata sepanjang malam kerana bunyi kuat yang terhasil
oleh projek naik taraf jejambat di depan apartmennya.
terkelap-kelip termanggu-manggu terpisat-pisat
© Nilam Publication Sdn. Bhd. 26