Page 28 - Modul Versatil BM Tahun 5 Buku A
P. 28

Bahasa Melayu Tahun 5   Buku A (Pemahaman)


                  Unit      Ayat Aktif dan Ayat Pasif
                  14





                      LATIHAN 1
              Tukarkan ayat-ayat aktif di bawah kepada ayat-ayat pasif.

                1  Saya membantu seorang wanita buta menyeberangi jalan yang sibuk.




                2  Dia menjemput anaknya dari tadika setiap petang.



                3  Penculik itu mengikat tangan dan kaki mangsanya agar tidak melarikan diri.



                4  Mereka menyenaraikan dan membahagikan tugas sebelum menjalankan aktiviti gotong-royong.



                5  Walaupun sukar, kami berjaya menakluki puncak Gunung Tabur.



                6  Saya cuba meminda skrip drama itu tanpa mengubah jalan cerita asalnya.



                7  Kami sukar membezakan kedua-dua beradik itu kerana wajah mereka sangat mirip.



                8  Setelah hampir lemas di pantai beberapa bulan lepas, dia menyertai kelas renang.




                9  Apabila menghidangkan makanan kepada pelanggan, kita mestilah berhemah dan bersopan
                   santun.



               10  Pihak polis berjaya menumpaskan sindiket wang palsu.








                                                            27                      © Nilam Publication Sdn. Bhd.
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33