Page 33 - Modul Versatil BM Tahun 5 Buku A
P. 33
Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)
LATIHAN 2
Isikan tempat kosong dengan peribahasa yang tepat.
kalau asal benih yang baik,
indah khabar dari rupa anjing dengan kucing
jatuh ke laut menjadi pulau
hati gajah sama dilapah,
nasi sudah menjadi bubur ayam dengan itik
hati kuman sama dicecah
1 Adik-beradik tiri itu tidak pernah sehaluan dan asyik bertengkar. Mereka tidak ubah seperti
.
2 Penduduk kampung itu saling bermuafakat dan bekerjasama dalam melakukan
sesuatu pekerjaan. Hal ini sesuai dengan peribahasa
.
3 Murugan tidak menjaga pemakanannya dan malas bersenam. Dia gemar mengambil makanan
yang manis-manis. Walaupun sering dileteri oleh isterinya, dia degil dan enggan berubah.
Satu hari, doktor mengesahkannya menghidap kencing manis. Penyesalan Murugan tidak
berguna lagi kerana .
4 Pelancong asing itu menanyakan Pak Agus jalan pintas untuk ke jeti. Namun, Pak Agus tidak
memahami bahasa Inggeris. Dia meminta pelancong asing itu bercakap dalam bahasa Melayu.
Mereka berdua ibarat .
5 Ayam goreng yang dijual oleh restoran itu sama sekali berbeza daripada apa yang
diiklankan. Ternyata promosi mereka hanya
.
6 merupakan peribahasa
yang paling cocok untuk menggambarkan seseorang yang berguna, walau ke mana jua ia
berada, ia akan melakukan kebaikan dan memberi manfaat kepada semua.
© Nilam Publication Sdn. Bhd. 32