Page 34 - Modul Versatil BM Tahun 5 Buku A
P. 34

Bahasa Melayu Tahun 5   Buku A (Pemahaman)


                  Unit      Sinonim (Kata Seerti)
                  17





                      LATIHAN

              Tandakan (✓) pada kata sinonim yang betul bagi perkataan yang ditebalkan berdasarkan ayat
              di bawah.

                1  Personalitinya yang polos membuatkan dia mudah mempercayai orang.

                             jujur                         sederhana                    lurus

                2  Cuaca panas dan sejuk yang melampau boleh mengancam kesihatan manusia.
                             keterlaluan,                  ekstrem,                     teruk,
                                 membahayakan                   merosakkan                    membinasakan


                3  Projek yang terbengkalai itu akan diambil alih oleh kerajaan dalam masa terdekat.
                             tersadai                      tergendala                   terganggu

                4  Sebarang saranan yang positif akan diutarakan kepada pihak atasan.

                             pendapat,                     pandangan,                   usulan,
                                 diuarkan                       disalurkan                    disampaikan

                5  Esok genap lima tahun kes kanak-kanak perempuan malang yang hilang tanpa kesan itu.

                             lengkap, tanda                cukup, jejak                 sempurna, jawapan

                6  Padi yang hampa itu dibuangnya.

                             rosak                         mentah                       kosong

                7  Apakah kaedah yang paling berkesan untuk mendisiplinkan anak-anak?
                             cara, mustajab                jalan, bagus                 strategi, terbaik


                8  Adunan telur, gula dan tepung pulut itu hendaklah dipukul sehingga kental.
                             sebati                        pekat                        bersatu


                9  Pelopor syarikat kesihatan berasaskan daun lidah buaya itu mempunyai prinsip perniagaan
                   yang wajar dicontohi.

                             Pengasas, pegangan            Perintis, dasar              Pewaris, polisi

               10  Pihak kerajaan giat menjalankan kempen kesedaran tentang bahaya merokok.

                             kerap                         gigih                        aktif



                                                            33                      © Nilam Publication Sdn. Bhd.
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39