Page 37 - Modul Versatil BM Tahun 5 Buku A
P. 37
Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)
LATIHAN 2
Tulis ayat cakap ajuk yang paling sesuai berdasarkan ayat yang diberi.
1 Pengawal pantai melarang pengunjung daripada mandi kerana laut dipenuhi ubur-ubur.
2 Dia menafikan keterlibatannya dalam kes penyebaran berita palsu itu kepada wartawan.
3 Mereka ditegur oleh jiran sebelah kerana memasang radio terlalu kuat.
4 Ayah bertanya kepada kakak tentang identiti pemuda yang kerap menghubunginya.
5 Sambil tercungap-cungap, Estelle menjelaskan kepada temannya dia lari lintang-pukang
setelah dikejar oleh sekumpulan anjing.
6 Lakshman dinasihati oleh ibunya supaya tidak terlalu boros berbelanja.
7 Ibu melaung dari dapur menanyakan sama ada kami hendak makan ayam panggang atau
ayam goreng malam ini.
8 Guru besar mengumumkan bahawa sekolah akan ditutup selama tiga hari bagi menjalankan
kerja-kerja pembersihan akibat banjir.
© Nilam Publication Sdn. Bhd. 36