Page 43 - Modul Versatil BM Tahun 5 Buku A
P. 43
Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)
Unit Petikan
22
LATIHAN 1
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Aktiviti sukan sangat baik untuk kecergasan murid-murid. Murid-murid dapat
mengeluarkan peluh dan dapat melakukan aktiviti bersukan dengan teknik yang betul.
Apabila badan cergas, pasti murid-murid dapat menimba ilmu dengan baik.
Selain itu, bersukan juga dapat meredakan tekanan belajar. Apabila murid-murid
menyertai aktiviti bersukan, mereka akan melupakan pelajaran buat seketika dan mampu
mengelak diri mereka daripada menghadapi tekanan belajar.
Aktiviti sukan juga dapat merapatkan hubungan antara murid. Mereka akan mendapat
ramai kawan dan hubungan juga lebih akrab. Contohnya dengan menyertai pertandingan
sukan, semangat berkumpulan dan saling bekerjasama untuk merangkul kemenangan akan
lebih membara.
Di samping itu, pihak sekolah juga boleh mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang
sukan. Bakat- bakat ini perlu digilap untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah seterusnya
ke peringkat negeri. Secara tidak langsung, aktiviti sukan juga dapat mengharumkan nama
sekolah ke seluruh negara.
Kesimpulannya, sukan sangat penting kepada murid-murid untuk mencapai
kecemerlangan dalam kokurikulum mahupun kurikulum. Pihak sekolah dan PIBG haruslah
berganding bahu menyokong aktiviti sukan agar mencapai matlamatnya.
(Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang
http://cikgusalmi.blogspot.com)
© Nilam Publication Sdn. Bhd. 42