Page 45 - Modul Versatil BM Tahun 5 Buku A
P. 45

Bahasa Melayu Tahun 5   Buku A (Pemahaman)


                      LATIHAN 2

              Baca petikan berita di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.




                    PETALING JAYA: Kes keracunan  makanan  menunjukkan  peningkatan  sebanyak  23.69
                    peratus iaitu 401 kes kepada 496 berbanding tahun lalu.


                    Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata sehingga Mei lalu sebanyak

                    213 kejadian  keracunan  makanan  dilaporkan  membabitkan  68 kejadian  di  sekolah  di
                    bawah  seliaan  Kementerian  Pendidikan.  Manakala  26  lagi  kejadian  di  sekolah  bukan  di

                    bawah Kementerian Pendidikan, 19 kejadian di institusi, 55 kejadian keracunan di rumah
                    persendirian dan 45 kejadian di tempat-tempat lain.



                    Menyedari  hakikat  ini,  tegasnya kerajaan  bertanggungjawab  mengambil  langkah  bagi
                    mengawal punca pencemaran di sepanjang rantaian bekalan makanan bermula dari bahan

                    mentah sehingga ke peringkat hidangan makanan.


                    “Murid-murid perlu memilih premis makanan yang bersih untuk membeli makanan, serta
                    mengamalkan konsep ‘lihat, hidu dan rasa’ sebelum makan untuk mengelak makanan rosak.



                    “Saya juga ingin tekankan supaya pengusaha dan pengendali makanan dapat menjaga
                    tahap kebersihan premis makanan disamping mempraktikkan dan memperkukuh amalan-
                    amalan yang baik dalam pengendalian makanan bagi menangani keracunan makanan,” kata

                    Dr Dzulkefly ketika berucap pada majlis perasmian Sambutan Hari Keselamatan Makanan

                    Sedunia 2019 bertemakan ‘Keselamatan Makanan Tanggungjawab Setiap Individu” di sini,
                    hari ini.


                                                        (Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang

                                                                          https://www.bharian.com.my)
















              © Nilam Publication Sdn. Bhd.                 44
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50