Page 59 - eBookSEBAHTERA
P. 59

ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT BUGIS DI SANDAKAN

                                    Yusri bin Jesnar¹  (748-27-yusri@epembelajajaran.edu.my)
                                             SK Desa Permai, Kinabatangan, SABAH.
                                   Shirley Raym Samin² (739-27-shirley@epembelajaran.edu.my)
                                                   SK Dandun, Pitas, SABAH
                                         Rechall binti Mahir³   (rechallmahir@gmaill.com)
                                                  SK Kapa, Tamparuli, SABAH.


                                                         ABSTRAK
                  Kajian  yang  bertajuk  “Adat  Istiadat  Majlis  Perkahwinan  Bugis  Di  Sandakan”  akan  memfokuskan
                  kepada  masyarakat  Bugis  yang  tinggal  di  Kampung  Batu  Putih  daerah  Sandakan,  Sabah.
                  Penyelidikan ini memberi tumpuan terhadap adat istiadat tradisi dalam perkahwinan yang masih
                  diamalkan  sejak  turun-temurun  oleh  masyarakat  Bugis.  Kajian  ini  akan  mengupas  tentang
                  perlaksanaan  adat istiadat dalam majlis perkahwinan masyarakat Bugis yang meliputi tiga tahap
                  iaitu sebelum, semasa dan selepas perkahwinan. Di samping itu, penulis akan menyentuh tentang
                  perubahan-perubahan yang berlaku dalam peringkat-peringkat perlaksanaan adat istiadat upacara
                  perkahwinan.  Sememangnya  diketahui  bahawa  setiap  adat  yang  wujud  dalam  masyarakat
                  mempunyai kepentingannya yang tersendiri terhadap sesuatu masyarakat. Oleh sebab itu, adalah
                  penting  bagi  penulis  untuk  memberi  sebab  dan  alasan  atau  faktor-faktor  berlakunya  sebarang
                  perubahan  terhadap  adat  yang  diamalkan  sama  ada  sesuatu  perubahan  itu  relevan  atau
                  sebaliknya.  Sehubungan  dengan  itu,  adat  istiadat  yang  lahir  melalui  warisan  turun-temurun  ini
                  seharusnya dijaga dan dipelihara sebaik-baiknya kerana ia berfungsi sebagai salah satu khazanah
                  bangsa itu sendiri kerana ia mempunyai nilai yang amat tinggi. Justeru itu, dengan adanya adat
                  istiadat, martabat sesuatu bangsa akan terus terpelihara dan dipandang istimewa oleh masyarakat
                  dunia.

                  Kata Kunci:   pelaksanaan,  adat istiadat,  majlis perkahwinan,  masyarakat Bugis
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63