Page 61 - eBookSEBAHTERA
P. 61

PEMEROLEHAN DAN PENGUASAAN BAHASA KANAK-KANAK PENUTUR NATIF
                                                    MELAYU SARAWAK

                         Dr Radna Wismawati Muhibah binti Yahya Sawek¹ (radna.yahya@ipgmktar.edu.my)
                                         Halik bin Wang² (halik.wang@ipgmktar.edu.my)
                                   Umi Shafirah binti Jinal³ (umi23-337@epembelajaran.edu.my)

                                     IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan, SARAWAK

                                                         ABSTRAK
                Kajian ini merupakan kajian awal untuk melihat pemerolehen bahasa kanak-kanak dari segi kosa kata.
                Senario  ini  mengundang  kontroversi  yang  tiada  titik  pertemuan  apabila  kita  menelusuri  kajian  yang
                memberi  tumpuan  kepada  komponen  morfologi  iaitu  pemerolehan  imbuhan  infeksi  dan  kata  nama.
                Setakat  ini,  tinjauan  kosa  ilmu  mendapati  wujud  dua  paradigma  yang  berbeza  tentang  fakta  ini.
                Paradigma pertama yang diklasifikasikan sebagai behaviorisme merumuskan bahawa pada umumnya
                semua  kanak-kanak  memperoleh  imbuhan  infleksi  dahulu  berbanding  dengan  kata  nama  (Zulkifley
                Hamid,  2007).    Sebaliknya,  paradigma  kedua  yang  dikelompokkan  sebagai  mazhab  mentalis  meru-
                muskan  bahawa  unsur  morfologi  yang  diperoleh  lebih  awal  oleh  kanak-kanak  ialah  kata  nama
                (Abdullah  Hassan,  2007).    Kajian  ini  dijalankan  untuk  mengenal  pasti  pemerolehan  Bahasa  Melayu
                yang dikuasai oleh kanak-kanak yang menuturkan Dialek Melayu Sarawak sebagai bahasa pertama
                dari aspek kosa kata pada peringkat umur 2 tahun. Di samping itu, kajian ini juga melihat kepanjangan
                ayat  yang  digunakan  oleh  kanak-kanak  yang  berumur  2  tahun.  Subjek  kajian  ialah  seorang  kanak-
                kanak  penutur  natif  Bahasa  Melayu  Sarawak  dari  Kampung  Tabuan  Hilir,  Kuching,  Sarawak.    Data
                yang  diperoleh  ialah  data  autentik  yang  diperoleh  melalui  temu  bual  tidak  formal.    Data  dianalisis
                berdasarkan kosa kata yang diperoleh daripada kepanjangan ayat, struktur analisis dan jumlah ujaran
                setiap kali bertutur.  Pengiraan Min Panjang Ujaran atau Mean  Length of Uterence (MLU) mengikut
                Brown’s  Stages  of  Development  digunakan  untuk menentukan  tahap  perkembangan  bahasa  kanak-
                kanak berkenaan. Ringkasnya, paparan dapatan ini menunjukkan pemerolehan komponan morfologi
                dalam  kalangan  kanak-kanak  direalisasikan  dalam  bentuk  bahasa  verbal  (ujaran).  Dapatan
                Vijayaletchumy  Subramaniam  memperakukan  secara  lebih  menyeluruh  perihal  pemerolehan  kata
                nama  penyelidik.  Kesimpulannya,  kata  nama  awal  dikuasai  kanak-kanak  melalui  lakuan  verbal  dan
                nonverbal.

                Kata kunci:    pemerolehan bahasa, kosa kata, behaviourisme, mentalis
   56   57   58   59   60   61   62   63