Page 102 - ( Jabatan Perikanan Malaysia) 231224 PDFLIP
P. 102
LAPORAN TAHUNAN 2023 Jabatan Perikanan Malaysia
11.0 BAHAGIAN PENGEMBANGAN PERIKANAN
11.1 Pengembangan dan Komuniti Perikanan
11.1.1 myKomuniti Perikanan (myKP)
myKomuniti Perikanan (myKP) merupakan program inisiatif yang memperkukuhkan komuniti perikanan
di Malaysia. Sehingga kini, sejumlah 239 myKP telah ditubuhkan dengan jumlah keahlian seramai 6,348
orang. myKP menjalankan pelbagai aktiviti dalam rantaian nilai perikanan seperti pengurusan sumber, perikanan
pantai, perikanan darat, industri asas tani, akuakultur, pusat pengumpulan dan pemasaran, industri sokongan
perikanan, agropelancongan, dan perikanan rekreasi. Pada tahun 2023, sebanyak 34 kumpulan myKP baharu
telah ditubuhkan termasuk aktiviti baharu untuk memperkukuhkan lagi peranan serta sumbangan mereka
dalam industri perikanan negara.
RINGKASAN PROGRAM myKOMUNITI PERIKANAN (myKP) TAHUN 2023
100