Page 107 - ( Jabatan Perikanan Malaysia) 231224 PDFLIP
P. 107

LAPORAN TAHUNAN 2023                                                    Jabatan Perikanan Malaysia


            11.2.5    Geran Agropelancongan
                  Agropelancongan adalah aktiviti pelancongan yang berkaitan sektor pertanian iaitu berasaskan tanaman,
                  ternakan, perikanan, industri asas tani (IAT) dan kraftangan.

                  Memperkasakan aktiviti ekonomi dan keusahawanan masyarakat tani yang terdiri daripada petani, penternak
                  dan nelayan dengan mempelbagaikan sumber pendapatan mereka serta membuka peluang pekerjaan baru
                  kepada penduduk.

                  Jumlah  peruntukan  yang  diluluskan  untuk  Geran  Agropelancongan  pada  tahun  2023  adalah  sejumlah
                  RM362,000.00, merangkumi tiga projek agropelancongan swasta seperti berikut :

                      •   Aminah Rahmat Agrofarm, Labis, Johor (RM 110,000)
                      •   Sport Fishing Resort & Restaurant Sdn Bhd, Kuala Ampang Selangor (RM 102,000)
                      •   Tenggaroh Agroville, Mersing, Johor (RM 150,000)

            11.3   Pusat Pengembangan Teknologi Perikanan (FiDTEC)

                  Pusat Pengembangan Teknologi Perikanan (FiDTEC) berperanan sebagai pusat sokongan teknikal perkhidmatan
                  pengembangan kepada golongan sasar dan kakitangan Jabatan. FiDTEC juga berperanan dalam menyokong
                  pertumbuhan Industri Sokongan Perikanan (ISP).

                  Terdapat tujuh pusat FiDTEC di seluruh negara yang telah menganjurkan pelbagai program peningkatan kemahiran
                  teknikal kepada kumpulan sasar pada tahun 2023. Antara pusat FiDTEC yang terlibat dalam penganjuran
                  program seperti kursus, demontrasi dan program kemahiran asas (PKA) adalah seperti berikut :



























            11.3.1  Program Inkubator Pengembangan - Pemprosesan (FiDTEC-S)
                  Program Inkubator Pengembangan Jabatan Perikanan Malaysia ini adalah projek yang dilaksanakan oleh
                  Bahagian Pengembangan Perikanan.Pewujudan Program Inkubator Pengembangan ini telah dilaksanakan
                  semasa Dasar Pertanian. Terdapat empat FiDTEC-s di Malaysia iaitu :

                    a) FiDTEC-s Lenggong, Perak
                    b) FiDTEC-s Batu Berendam, Melaka
                    c) FiDTEC-s Seberang Takir, Terengganu
                    d) FiDTEC-s WP Labuan.


                                                                                                          105
   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112