Page 112 - ( Jabatan Perikanan Malaysia) 231224 PDFLIP
P. 112
LAPORAN TAHUNAN 2023 Jabatan Perikanan Malaysia
11.7 KARNIVAL myAGROPRENEUR PERIKANAN (myAP) DAN myKOMUNITI
PERIKANAN (myKP)
Penubuhan program myAP dan myKP di Jabatan Perikanan Malaysia telah berjaya membantu golongan
sasar untuk menaiktaraf kehidupan mereka di samping turut membantu merancakkan ekonomi Malaysia.
Pada tahun 2023 Jabatan Perikanan Malaysia telah menganjurkan Program Karnival my Agropreneur Perikanan
(myAP) dan my Komuniti Perikanan (myKP) sebagai platform untuk mengembangkan dan mempromosikan
pasaran produk. Program ini telah diadakan sebanyak 4 siri mengikut zon iaitu Karnival myAP myKP Zon
Timur, Zon Selatan, Zon Tengah dan Zon Utara.
Objektif kedua-dua program ini adalah seperti berikut:
• Memberi peluang kepada myAP dan myKP untuk meluaskan pemasaran produk yang dihasilkan dan
diceburi oleh mereka.
• Membentuk jaringan usahawan merentas negeri sekaligus membantu hasrat jabatan untuk melahirkan
usahawan perikanan yang berdaya saing, kreatif dan inovatif pada masa akan datang.
• Mengenali rakan usahawan dan membentuk networking untuk padanan perniagaan dan potensi pelaburan.
Lawatan singgah YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Penyampaian bantuan kepada myKomuniti Perikanan,
Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan dan YBhg. Dato’ myAgropreneur Perikanan, Penternak dan Nelayan di Kelantan
Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan ke gerai jualan
usahawan bimbingan perikanan
110