Page 46 - ( Jabatan Perikanan Malaysia) 231224 PDFLIP
P. 46
LAPORAN TAHUNAN 2023 Jabatan Perikanan Malaysia
5.2 Aktiviti/ Program
5.2.1 Majlis Perundingan Industri (MPI) Perikanan Komersial Peringkat Kebangsaan
Tahun 2023
MPI Perikanan Komersial Peringkat Kebangsaan tahun 2023 telah diadakan pada 23 - 24 Ogos 2023 di
De Palma Hotel Shah Alam, Selangor. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Wan Muhammad Aznan
bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) dan dihadiri oleh 120 orang yang terdiri daripada
pelbagai pihak berkepentingan.
Ucapan Perasmian MPI Perikanan Komersial Sesi fotografi peserta MPI Kebangsaan 2023
Peringkat Kebangsaan 2023
MPI bertujuan memberi maklumat tentang isu perikanan kepada pengusaha, meliputi penambahbaikan dasar,
teknologi IR4, pengurusan sumber, latihan, pematuhan IOTC, dan pemajuan industri perikanan tangkapan
Malaysia.
Turut diadakan Sesi Libat Urus Belanjawan 2024 Malaysia Madani untuk mendapatkan cadangan bagi
meningkatkan taraf hidup nelayan dan industri perikanan. Sebanyak tujuh taklimat telah dibentangkan, termasuk
topik pelesenan vesel, industri tuna, pengurusan perikanan, pemodenan vesel, teknologi penangkapan ikan,
pembangunan sumber manusia, dan kajian stok tuna di Lautan Hindi.
5.2.2 Kursus Port Inspektor Jabatan Perikanan Malaysia Tahun 2023
Kursus Port Inspektor Jabatan Perikanan Malaysia Tahun 2023 telah diadakan pada 4 - 6 April 2023
di PPN Pulau Pinang. Kursus ini telah dihadiri oleh 39 orang peserta dan bertujuan untuk meningkatkan
kepakaran Port Inspektor Jabatan Perikanan dalam aktiviti pendaratan tuna oleh vesel tempatan dan
asing di Lautan Hindi, serta prosedur kemasukan vesel asing untuk akuakultur. Turut diadakan lawatan ke
sangkar ternakan ikan di Pulau Aman.
Sesi fotografi peserta kursus bersama Tuan Haji Wan Majlis penyampaian Sijil Lantikan Port Inspektor sesi
Muhammad Aznan bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah 2023/2024 Oleh Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah
(Pengurusan) Perikanan Malaysia
44