Page 48 - ( Jabatan Perikanan Malaysia) 231224 PDFLIP
P. 48
LAPORAN TAHUNAN 2023 Jabatan Perikanan Malaysia
5.2.5 Pengiktirafan Malaysia Book of Record Bagi “Largest Simultaneous Fish
Fry Restocking Event”
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records
(MBOR) dengan melaksanakan pelepasan serentak 1.1 juta benih ikan asli di 14 lokasi strategik seluruh
Malaysia bagi kategori “Largest Simultaneous Fish Fry Restocking Event” pada 13 Oktober 2023.
Pengiktirafan Malaysia Book of Record Bagi “Largest Simultaneous Fish Fry Restocking Event”
Acara telah dirasmikan oleh Datuk Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan
Keterjaminan Makanan di Tasik Putrajaya. Lebih 80 ribu ekor benih ikan spesies Lampam sungai, Terbul,
dan Baung Sungai telah dilepaskan di lokasi tersebut.
Program adalah hasil kerjasama antara pihak DOF, Perbadanan Putrajaya, Jabatan Perikanan Sabah, Jabatan
Pertanian Sarawak, dan Jabatan Perikanan Laut Sarawak. Pengiktirafan rasmi daripada Malaysia Book of
Records (MBOR) telah diserahkan oleh wakil MBOR, Puan Lee Pooi Leng dan Puan Siti Hajar Johor kepada
Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.
46