Page 53 - ( Jabatan Perikanan Malaysia) 231224 PDFLIP
P. 53

LAPORAN TAHUNAN 2023                                              Jabatan Perikanan Malaysia


            6.2   Projek Pembangunan Tukun Tiruan 2023

                  Tukun tiruan dibina untuk meningkatkan sumber marin, menambah struktur dasar laut, dan meningkatkan
                  biomas organisma. Selain meningkatkan tangkapan dan mewujudkan kawasan pembiakan, tukun tiruan
                  juga bertujuan mengawal pencerobohan pukat tunda, membaik pulih habitat, dan mengurangkan tangkapan
                  ikan juvenil. Di luar perikanan, tukun tiruan membantu mengawal hakisan pantai, berfungsi sebagai pemecah
                  ombak, menyediakan kawasan rekreasi menyelam, dan menyokong penyelidikan sains. Rekabentuk tukun
                  bergantung kepada kajian lokasi dan tujuan tertentu.

                  Pada tahun 2023, projek pembangunan tukun tiruan diteruskan di 10 tapak yang merangkumi lima buah
                  negeri iaitu di Kedah, Selangor, Johor, Terengganu dan Kelantan. Jumlah keseluruhan tukun yang dilabuhkan
                  adalah sebanyak 58 unit dengan jumlah keseluruhan peruntukan
                  Pembangunan RMKe-12 sebanyak RM1.8 juta.



























































                                                 Projek Pembangunan Tukun Tiruan 2023



                                                                                                            51
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58