Page 110 - Buku Laporan Tahunan Jabatan Perikanan Malaysia 2023
P. 110

LAPORAN TAHUNAN 2023                                                    Jabatan Perikanan Malaysia






















            11.6   Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK)

                  (HPPNK) 2023 telah dilaksanakan di Dataran Bulatan Sultan Azlan Shah Meru, Ipoh pada 10 hingga 12 November
                  2023. HPPNK menjadi medium bagi peladang, penternak, dan nelayan untuk mendapatkan pendedahan
                  baru, mengembangkan jaringan kerjasama, serta membuka peluang strategik dalam dunia perniagaan.
                  Program ini melibatkan kerjasama KPKM serta jabatan dan agensi di bawahnya dengan Kerajaan Negeri Perak
                  dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sebagai agensi pelaksana serta kerjasama dari rakan-rakan
                  strategik, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta yang berkepentingan dalam sektor agromakanan
                  negara.

                  Bertemakan ‘Keterjaminan Makanan Untuk Masa Depan’ HPPNK 2023 memberi fokus kepada aplikasi teknologi,
                  inovasi dan modenisasi sektor pertanian yang diterjemah melalui Dasar Agromakanan Negara (DAN 2.0).
                  YAB. Dato’ Seri Haji Fadhilah Yusof, Timbalan Perdana Menteri telah merasmikan HPPNK 2023 pada 11 November
                  2023. Turut hadir dalam menjayakan majlis perasmian ini, YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri
                  KPKM, YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri KPKM, YAB Dato Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar
                  Perak, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha KPKM, YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua
                  Pengarah Perikanan, ketua–ketua pengarah, serta pegawai–pegawai KPKM dan para pengunjung.

                  HPPNK 2023 telah berjaya mencatatkan 452,647 pengunjung secara fizikal dan 36,015 pengunjung secara
                  dalam talian. Jumlah keseluruhan pengunjung HPPNK 2023 adalah 488,662 orang, dengan jumlah transaksi
                  yang terlibat sebanyak RM2,675,607.00.




                                                Pengisian Pameran














                       Model Sistem CENT-RAS    Diorama Interaktif Ladang myGAP  Replika Vesel Moden








         108
   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115