Page 112 - Buku Laporan Tahunan Jabatan Perikanan Malaysia 2023
P. 112

LAPORAN TAHUNAN 2023                                                    Jabatan Perikanan Malaysia


            11.7   KARNIVAL myAGROPRENEUR PERIKANAN (myAP) DAN myKOMUNITI
                   PERIKANAN (myKP)

                  Penubuhan program myAP dan myKP di Jabatan Perikanan Malaysia telah berjaya membantu golongan
                  sasar untuk menaiktaraf kehidupan mereka di samping turut membantu merancakkan ekonomi Malaysia.
                  Pada tahun 2023 Jabatan Perikanan Malaysia telah menganjurkan Program Karnival my Agropreneur Perikanan
                  (myAP) dan my Komuniti Perikanan (myKP)  sebagai platform untuk mengembangkan dan mempromosikan
                  pasaran produk. Program ini telah diadakan sebanyak 4 siri mengikut zon iaitu Karnival myAP myKP Zon
                  Timur, Zon Selatan, Zon Tengah dan Zon Utara.


                  Objektif kedua-dua program ini adalah seperti berikut:

                  •   Memberi peluang kepada myAP Dan myKP untuk meluaskan pemasaran produk yang dihasilkan dan
                     diceburi oleh mereka.
                  •   Membentuk jaringan usahawan merentas negeri sekaligus membantu hasrat jabatan untuk melahirkan
                     usahawan perikanan yang berdaya saing, kreatif dan inovatif pada masa akan datang.
                  •   Mengenali rakan usahawan dan membentuk networking untuk padanan perniagaan dan potensi pelaburan.













































                   Lawatan singgah YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji   Penyampaian bantuan kepada myKomuniti Perikanan,
                   Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan dan YBhg. Dato’   myAgropreneur Perikanan, Penternak dan Nelayan di Kelantan
                  Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan ke gerai jualan
                            usahawan bimbingan perikanan





         110
   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117