Page 157 - Buku Laporan Tahunan Jabatan Perikanan Malaysia 2023
P. 157
LAPORAN TAHUNAN 2023 Jabatan Perikanan Malaysia
19.3 Program CSR: Pusat Jagaan Al-Fikrah, Kajang Selangor
19.4 Pelaksanaan Aplikasi Psikologi dalam Penilaian (Psikometrik) kepada
Warga Jabatan
Aplikasi psikologi dalam penilaian personel atau psikometrik telah mula diluaskan di Jabatan ini
bagi membantu pihak pengurusan/ warga Jabatan dalam memahami memahami minat, personaliti,
emosi, sikap dan pencapaian seseorang dengan menggunakan ujian psikologi. Tujuan Penggunaan
Alat Ujian Psikometrik DOF:
• Mempercepatkan urusan penempatan pegawai berdasarkan kepada kesesuaian personaliti;
• Merancang dan membangunkan kemajuan kerjaya serta pembangunan potensi diri pegawai; dan
• Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pegawai dari segi personaliti, sikap, kemahiran serta
kebolehan agar organisasi mampu menghasilkan tenaga kerja yang komited, berdaya saing dan
cemerlang.
Pada tahun 2023, seramai 274 warga Jabatan telah mendapatkan perkhidmatan pelbagai ujian psikologi/
psikometrik seperti berikut:
155