Page 159 - Buku Laporan Tahunan Jabatan Perikanan Malaysia 2023
P. 159
LAPORAN TAHUNAN 2023 Jabatan Perikanan Malaysia
19.7 Value Champion Officer (VCO)
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah melaksanakan Value Champion Officer (VCO) yang telah
dipersetujui di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR) Peringkat Kebangsaan Siri 9 Bil. 1
pada 29 Mac 2023. Pelaksanaan VCO bertujuan melestarikan pembudayaan nilai murni dalam Perkhidmatan
Awam melalui teladan terbaik di organisasi yang turut dicirikan dengan kekuatan tonggak teras Malaysia
MADANI iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Kehormatan, Keyakinan dan Ihsan. Melalui
Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam Ke-27 pada 26 September 2023 di Pusat Konvensyen Majlis
Bandaraya Shah Alam (MBSA), Encik Mohammed Suhaimee bin Abd Manaf, Pengarah Institut Penyelidikan
Perikanan Pulau Sayak, Kedah Darul Aman dipilih sebagai VCO bagi mewakili Jabatan Perikanan Malaysia.
157