Page 24 - Buku Laporan Tahunan Jabatan Perikanan Malaysia 2023
P. 24
LAPORAN TAHUNAN 2023 Jabatan Perikanan Malaysia
3.0 BAHAGIAN DASAR DAN PERANCANGAN STRATEGIK
3.1 Prestasi Program/ Projek Pembangunan Rolling Plan Ketiga (RP3 Tahun
2023), Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12)
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah menyusun perancangan yang rapi bagi memastikan peruntukan
program/ projek Pembangunan RP3 Tahun 2023 dapat dibelanjakan dengan sebaiknya bagi memastikan
objektif dan matlamat yang telah ditetapkan untuk setiap program/ projek dapat dicapai. Program/ projek
Pembangunan RP3 Tahun 2023 yang juga telah disasarkan selari dengan strategi yang digariskan di bawah
RMKe-12. Jabatan turut memberikan fokus dan penekanan kepada food security merujuk kepada Dasar
Agromakanana Negara (DAN 2.0).
Prestasi perbelanjaan keseluruhan program/ projek Pembangunan RP3 Tahun 2023 bagi Jabatan Perikanan
Malaysia (Jabatan Perikanan Semenanjung, Jabatan Perikanan Laut Sarawak dan Jabatan Perikanan
Sabah) adalah seperti berikut:
PRESTASI KESELURUHAN DIREKOD OLEH PERUNTUKAN PERUNTUKAN % PRESTASI
JANM 2023 (RM) (RM)
DOF SEMENANJUNG
Peruntukan Asal : RM 73,700,000.00 72,681,500.00 72,649,365.43 99.96%
Peruntukan Pinda : RM 72,681,500.00
(22 projek)
JABATAN PERIKANAN LAUT SARAWAK
Peruntukan Asal : RM 21,300,000.00 19,341,000.00 18,788,914.96 97.15%
Peruntukan Pinda : RM 19,341,000.00
(16 projek)
DOF SABAH
Peruntukan Asal : RM 12,300,000.00 12,300,000.00 12,299,549.60 100.00%
(6 projek)
JUMLAH KESELURUHAN (RM) 104,322,500.00 103,737,829.99 99.44%
3.2 Agihan Peruntukan Pembangunan Jabatan Perikanan Semenanjung Tahun
2023
Agihan peruntukan pembangunan Jabatan Perikanan Semenanjung pada tahun 2023 adalah seperti berikut:
22