Page 27 - Buku Laporan Tahunan Jabatan Perikanan Malaysia 2023
P. 27
LAPORAN TAHUNAN 2023 Jabatan Perikanan Malaysia
3.4 Mesyuarat Pegawai Kanan Jabatan Perikanan Malaysia (MPK DOF) Tahun
2023
Mesyuarat Pegawai Kanan Jabatan Perikanan Malaysia Tahun 2023
MPK DOF 2023 telah diadakan pada 30 Oktober hingga 2 November 2023 di AMES Hotel, Ayer Keroh,
Melaka, dan dihadiri oleh 76 orang pegawai kanan dari seluruh Malaysia. Mesyuarat ini telah dirasmikan
oleh YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dengan tema ‘Keterjaminan
Perikanan, Kesejahteraan Rakyat’. Terdapat tiga kluster utama yang telah dibincangkan dalam mesyuarat
ini iaitu Kluster Sumber Perikanan Tangkapan, Kluster Akuakultur serta Kluster Konservasi dan Perlindungan
Perikanan.
3.5 Hal Ehwal Antarabangsa Perikanan
3.5.1 Mesyuarat-mesyuarat Utama
1. 55 Meeting of the SEAFDEC Council
th
55 Meeting of the SEAFDEC Council telah diadakan pada 9 dan 11 Mei 2023 secara dalam talian. Delegasi
th
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) diketuai oleh YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah
Perikanan Malaysia yang juga merupakan SEAFDEC Council Director for Malaysia.
Myanmar merupakan negara tuan rumah bagi penganjuran mesyuarat pada kali ini. Mesyuarat dihadiri oleh
negara-negara ahli SEAFDEC iaitu Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Jepun, Laos, Malaysia, Myanmar,
Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Sekretariat SEAFDEC, wakil daripada lima SEAFDEC Departments,
organisasi serantau dan antarabangsa serta rakan strategik SEAFDEC yang lain.
25