Page 30 - Buku Laporan Tahunan Jabatan Perikanan Malaysia 2023
P. 30

LAPORAN TAHUNAN 2023                                                    Jabatan Perikanan Malaysia


                  Malaysia turut memohon agar pihak SEAFDEC/ IFRDMD dapat berkongsi pengetahuan berkaitan program
                  Smart Fisheries Village (SFV) yang dibangunkan oleh Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia dan
                  Special Area for Conservation and Fish Refugia (SPEECTRA) yang dibangunkan oleh pihak SEAFDEC/ IFRDMD.

                  Susulan itu, SEAFDEC/ IFRDMD telah mengadakan lawatan ke Malaysia untuk menjalankan satu soal selidik
                  pada 15-20 Oktober 2024 yang melibatkan komuniti setempat di tiga lokasi iaitu (i) Kampung Kuala Wau,
                  Maran, Pahang; (ii) Kampung Paya Cempaka, Temerloh, Pahang; dan (iii) Kampung Gemencheh, Negeri
                  Sembilan. Program ini telah bermula dengan satu sesi mesyuarat antara pihak SEAFDEC/ IFRDMD dengan
                  DOF pada 15 Oktober 2023 di Ibu Pejabat Perikanan, yang mana pihak SEAFDEC/ IFRDMD telah berkongsi
                  konsep SFV dan SPEECTRA kepada DOF. Kedua-dua pihak turut membincangkan  potensi kerjasama yang
                  boleh dijalankan kelak.
                  Selain aktiviti di tiga lokasi survei, pihak SEAFDEC/ IFRDMD turut melawat Pusat Pengembangan Akuakultur
                  Perlok, Jerantut. Objektif program ini adalah seperti berikut:
                  I.  Memperkenalkan aktiviti yang dibangunkan oleh Kementerian Hal Ehwal Kelautan  dan  Perikanan
                     di Republik Indonesia dan program pengembangan pihak SEAFDEC/ IFRDMD untuk memperkenalkan
                     pelaksanaan Program  SPEECTRA di Malaysia.
                  II.  Mendapatkan status pengurusan perikanan darat di Malaysia melalui aktiviti   Ecosystem Approach for
                     Fisheries Management (EAFM).


            3.6   Seminar Pelaburan Subsektor Perikanan Tahun 2023

                  Seminar Pelaburan Subsektor Perikanan Tahun 2023 telah diadakan pada 26 September 2023 di Sama
                  Sama Hotel, KLIA, Sepang, Selangor. Seminar telah  dirasmikan oleh YB Tuan Chan Foong Hin, Timbalan
                  Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.






















                  Seminar diadakan untuk menggalakkan lebih ramai pelabur tempatan dan asing terlibat dalam pembangunan
                  projek perikanan agromakanan di Malaysia. Maklumat berkaitan dasar, potensi dan peranan serta insentif
                  yang ditawarkan oleh agensi berkaitan juga dapat dihebahkan melalui seminar ini. Sebanyak lapan kertas
                  pembentangan yang melibatkan pembentang daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
                  (KPKM), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Pembangunan
                  Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank). Seminar ini dihadiri oleh
                  kakitangan KPKM, DOF, agensi luar berkaitan pelaburan, koridor-koridor, syarikat penternak akuakultur,
                  syarikat perikanan tangkapan dan syarikat pemprosesan produk perikanan.








          28
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35