Page 36 - Buku Laporan Tahunan Jabatan Perikanan Malaysia 2023
P. 36
LAPORAN TAHUNAN 2023 Jabatan Perikanan Malaysia
Pada tahun 2023, sebanyak 21,820 penternak akuakultur telah direkodkan melibatkan keluasan kawasan
26,123.41 ha. Perincian adalah seperti berikut:
4.2 Pemenang Anugerah Penternak Ikan Jaya 2023 Sempena Hari Peladang,
Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2023
Anugerah Penternak Ikan Jaya 2023 telah dimenangi oleh syarikat Usaha Fadzilat (M) Sdn. Bhd. Syarikat
ditubuhkan pada tahun 1987 dan merupakan pencetus kepada perkembangan industri ternakan ikan di
Sungai Petani, Kedah. Kini, syarikat menjalankan ternakan ikan susu.
Produk ternakan ikan susu berjaya menembusi pasaran tempatan dan luar negara melalui program pensijilan
MYGAP dan FQC. Hasil ternakan dipasarkan di pasaran tempatan iaitu di pasar borong dan Lotus. Manakala
di pasaran luar negara ianya telah dieksport ke Dubai, Jepun, New Zealand dan Arab Saudi.
Proses pembungkusan dan Proses penuaian ikan Proses penyejukan ikan
penyimpanan dalam kotak mengunakan jaring menggunakan ais sebelum
pengedaran
Mesin pengasingan mengikut Keadaan dalam bilik penyimpanan Bungkusan ikan susu yang telah
berat ikan beku dibuang tulang
34