Page 40 - Buku Laporan Tahunan Jabatan Perikanan Malaysia 2023
P. 40

LAPORAN TAHUNAN 2023                                                    Jabatan Perikanan Malaysia


                  Dengan pemakaian SOP ini, sehingga 31 Disember 2023, DOF melalui KPP telah mengeluarkan sebanyak
                  17 Surat Kelulusan Permohonan Memuat atau Memunggah Bagi Tujuan Eksport atau Import Ikan Hidup
                  dari Vesel Penangkapan Ikan Asing yang melibatkan aktiviti import benih dan eksport ikan dewasa. Sepanjang
                  tahun 2023, dianggarkan sebanyak 6.15 juta ekor benih diimport ke dalam negara manakala sejumlah 18
                  tan metrik ikan dewasa telah dieksport masing-masing dengan anggaran nilai RM6.505 Juta (Import) dan
                  RM1.066 Juta (Eksport).

                  Dengan adanya SOP ini, diharapkan ianya dapat membantu merancakkan industri akuakultur terutama
                  operasi sangkar laut yang menyumbang kepada hasil yang besar dalam sasaran pengeluaran dan juga
                  memastikan bekalan makanan negara terutama dari sektor perikanan adalah cukup dan terjamin.



















                        Proses memunggah benih ikan bawal emas              Verifikasi dokumen vesel


            4.5   Program Pembangunan Integrasi Akuakultur (PPIA) Bagi Tahun 2023


                  Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) memperkenalkan Program Pembangunan Integrasi Akuakultur (PPIA)
                  Sistem Sangkar Bersepadu di bawah RMK-12 bagi tempoh pelaksanaan 2021-2025 sebagai menyokong
                  pengeluaran akuakultur negara melalui kelulusan bajet RMKe-12.

                  Pelaksanaan PPIA adalah diterajui oleh pihak swasta dan disokong oleh kerajaan yang bertindak sebagai
                  pemangkin dan penggalak melalui pembiayaan insentif kemudahan infrastruktur asas projek bagi memastikan
                  pertumbuhan bidang akuakultur mencapai sasaran yang ditetapkan.

                  PPIA Sistem Sangkar Bersepadu dibangunkan pelbagai kaedah sama ada pelaksanaan projek sangkar
                  sahaja atau; pembenihan ikan, asuhan ikan, aktiviti pemprosesan ikan atau aktiviti penghasilan makanan
                  ikan diintegrasikan dengan sangkar.


                  Selain itu, pelaksanaan PPIA Sistem Sangkar Bersepadu juga turut dilaksanakan projek Kluster Ternakan
                  Ikan Dalam Sangkar yang diterajui kelompok pengusaha kecil-kecilan yang dikumpulkan bagi mewujudkan
                  satu komuniti penternak ikan dalam sangkar yang aktif dan bekerjasama.
















          38
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45