Page 65 - SJK C MING TERK BUKU PENGURUSAN 2021
P. 65

GURU BESAR

                  1.  Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, pengurusan dan iktisas sekolah.

                  2.  Setiausaha Jemaah Pengurus Sekolah.
                  3.  Bertanggungjawab terhadap polisi dan objektif sekolah, mengikut Polisi Kementerian Pendidikan dan
                      Objektif Pendidikan Negara.

                  4.  Perancang semua bidang tugas dan gerak kerja di sekolah.
                  5.  Ketua penilai perancangan dan hasil-hasil usaha kakitangan guru dan bukan guru.
                  6.  Ketua bimbingan kepada semua anggota kakitangan, guru dan bukan guru.
                  7.  Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
                  8.  Pengerusi Lembaga Tatatertib Kakitangan sekolah.

                  9.  Pengerusi Lembaga Tatatertib Pelajar sekolah.
                  10. Pengerusi Jawatankuasa Ko-Kurikulum sekolah.
                  11. Bertanggungjawab terhadap kewangan dan akaun sekolah.
                  12. Pendaftar Persatuan/Kelab yang diluluskan oleh sekolah.

                  13. Ketua Pegawai Perhubungan antara sekolah dengan orang ramai, Jabatan-jabatan Kerajaan antara anggota
                      kakitangan, antara kakitangan dengan pelajar, dan antara mana-mana kumpulan di bawah bidang kuasa
                      sekolah.
                  14. Ketua protokol bagi semua acara sekolah.
                  15. Bertanggungjawab atas peraturan keselamatan harta/nyawa di sekolah.

                  16. Penyelaras semua surat-menyurat antara sekolah dengan pihak luar.
                  17. Ex-officer Perastuan Ibubapa dan Guru-guru sekolah.
                  18. Mewakili sekolah secara rasmi.

                  19. Bertanggungjawab terhadap pembangunan fizikal sekolah, ketenteraman, keselamatan dan lain-lain.
                  20. Perkara  lain  yang  diarahkan  oleh  Pejabat  Pendidikan  Daerah,  Jabatan  Pendidikan  Negeri  Johor  dan
                      Kementerian Pendidikan dari semasa ke semasa.



                 GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

                 1.  Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar.

                 2.  Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal kurikulum, pentadbiran dan pengurusan guru dan
                     kakitangan bukan guru.
                 3.  Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
                 4.  Membantu Guru Besar menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

                 5.  Menganggotai Jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
                 6.  Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari semasa ke
                     semasa.







                                                            41
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70