Page 67 - SJK C MING TERK BUKU PENGURUSAN 2021
P. 67

PERATURAN PERKHIDMATAN BAGI PARA GURU  & KAKITANGAN
                                                  SJK (C) MING TERK

                                      振林山明德国民型华文小学教职员服务准则


                 1.  “Thumb Print” 签到
                 Semua guru dikehendaki “thumb-in” untuk bertugas sebelum pukul 7.00 pagi dan “thumb-out” selepas pukul

                 1.20 tengah hari. Semua kakitangan sekolah hendaklah melaporkan diri untuk bertugas sebelum pukul 8.00 pagi.

                 2.  MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH 于工作时段离开岗位
                 Sekiranya  guru-guru/ kakitangan-kakitangan hendak  meninggalkan  kawasan  sekolah   semasa  bertugas  kerana

                 kecemasan  peribadi    berlaku,  guru-guru  dan    kakitangan-kakitangan    yang    berkenaan  dibenarkan  berbuat
                 sedemikian  dengan  syarat  mendapatkan  kebenaran  daripada  Guru  Besar    dan  wajib  melengkapkan  borang
                 kebenaran dan buku rekod kebenaran keluar/masuk.

                 3.  CUTI SAKIT DAN LAIN-LAIN CUTI 病假或事假

                 3.  1   Semua guru dan kakitangan yang menerima rawatan sebagai PESAKIT LUAR di hospital atau klinik
                      swasta, sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor boleh diterima dan tidak melebihi 15 hari setahun.
                 3.  2   Semua guru dan kakitangan yang menerima rawatan sebagai PESAKIT DALAM (WARDED) di hospital
                      atau klinik swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor boleh diterima dan tidak melebihi 180 hari

                      setahun.

                 4.  MENJALANKAN  TUGAS  GANTl   代课

                 Semua guru dan kakitangan diwajibkan menjalankan tugas ganti. Pengajaran dan pembelajaran yang sebenarnya
                 hendaklah dilakukan oleh guru pengganti kelas semasa menjalankan tugas ganti.

                 5.   RPH  教学记录簿

                 Rancangan Tahunan hendaklah disiapkan sebelum sesi persekolahan Tahun 2021 bermula dan disemak dan
                 disahkan oleh Guru Besar. Semua RPH wajib diserahkan untuk disemak dan ditandatangani oleh Guru Besar
                 pada setiap hari Khamis.

                 6.  SIKAP GURU DAN KAKITANGAN 服务操守及态度
                 Semua guru hendaklah masuk ke dalam kelas dan menjalankan PdPc tepat pada masa. Para guru harus bersikap

                 tanggungjawab, mengajar dengan sepenuh hati serta menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai untuk setiap mata
                 pelajaran. Mereka juga harus bersikap sabar dan sentiasa memberi galakan dan dorongan kepada murid-murid.
                 Guru-guru dinasihati supaya jangan menjatuhkan maruah seseorang murid sehingga menjejaskan minat belajar
                 mereka. Semua guru dan kakitangan bersikap jujur dan ikhlas,mengamalkan sifat penyayang, rela membuat kerja
                 yang berlebihan jika diperlukan serta sentiasa meningkatkan prestasi kerjanya.







                                                            43
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72