Page 10 - Bahaya Fitnah
P. 10
PANDANGAN 06
ULAMA Berikut adalah beberapa pandangan berkaitan
fitnah :
TENTANG Syeikh Azhar Dr. Sheikh Ahmad Tayyib
Hafizahullah berkata: “Fitnah yang berlaku di
kalangan umat Islam telah
FITNAH melahirkan golongan yang berfahaman keras
dan melahirkan gejala kafir-mengkafirkan
antara umat Islam dan
terrorisme”
Sheikh Dr. Yusof al-Qaradhawi Hafizahullah
berkata: “Para Sahabat akan melarikan diri jika
terzahirnya fitnah pada
sesuatu tempat seperti yang dilakukan oleh Abu
Darda’ R.A”
Sheikh Saad bin Turki al-Khaslan Hafizahullah berkata: “Hendaklah umat Islam mengetahui jalan-jalan
yang
membawa kepada kejahatan dan menjauhinya seperti mana kita dikehendaki untuk mengetahui jalan-
jalan yang
membawa kepada kebaikan. Kejahilan terhadap perkara ini akan membawa kepada berlakunya
kejahatan,
seterusnya akan berlaku fitnah dalam keadaan dia tidak menyedarinya”
Sheikh Abdul ‘Aziz bin Baz Rahimahullah berkata: “Fitnah terjadi disebabkan syubhat dan syahwat,
berapa banyak fitnah yang terjadi pada kebanyakan manusia disebabkan oleh syubhat-syubhat yang
tiada padanya asas seperti mana yang telah menimpa kumpulan-kumpulan sesat seperti Jahmiyyah,
Muktazilah, Syiah dan Murji’ah dan jalan untuk menyelamatkan diri daripada pelbagai jenis fitnah adalah
dengan berpegang teguh dengan al-Qur’an dan sunnah Rasulullah SAW.